Monday, June 20, 2011

Binnabil Huda

Assalamualaikum w.b.t...
 Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah... Masih lagi diberi nikmat sihat tubuh badan oleh Allah S.W.T...

Hari ini just nak share lirik lagu binnabil huda by unique...

Sesiapa yang datang mengunjungi blog kak long nie, ley join unique menyanyi binnabil huda dengan mudah bila ada liriknya...

Almaklumlah background music binnabil huda...

Binnabil Huda



Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
 
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
 
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
 
Selawat salam pujian untukmu
 
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
 
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
 
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
 
Berkorban jiwa raga untuk agama
 
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
 
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
 
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
 
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
 
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
 
Berkorban jiwa raga untuk agama
 
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
 
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
 
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
 
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
 
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah.. 
Habiballah..
 
KeNabiyallah..
 
Sofiyallah,
 

Pesuruh Allah,

Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
 
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya



P/S : Semoga diri dirahmati oleh Allah S.W.T selalu...Amin

Saturday, June 18, 2011

HaTiKu SeDih + HapPy ............

Assalamualaikum...w.b.t..



Lama sungguh kak long menyepi yer.. Ari nie nak luahkan apa yang terbuku di hati ini...
Nama blog pun Luahan hatiku...ermmm...

Kak long rasa sedih sangat ari nie, dah macam2 keje kak long apply, tp satu pun tak feedback lg...
ari nie genap satu bulan kak long tanam anggur...
Sedih sebab orang sekeliling kak long dah mula bising sebab kak long x keje lagi...

Yang paling sedih bila mak kak long pun dah mula bising2,,, sebab x  keje lagi.. Yang kak long paling terasa bila semua benda kak long wat mesti salah di mata mak kak long...

Apa kan  daya kak long, dah macam2 usaha kak long lakukan cuma rezeki belum berpihak pada kak long jer lagi...

Rasa macam nak kuaq rumah gi merantau jer,baru semua orang happy kot !!!!!

Bila teringatkan hadis Rasulullah s.a.w nie : 

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)


Buat kak long apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Dalam pada masa yang sama kak long rasa happy sebab ada sedara yang bakal bertunang ari ahad nie...

Umuq dia baru 22 tahun tapi dah bertunang dah... Syukur Alhamdulillah kerana Allah S.W.T bagi jodoh dia awai..

Tapi hati kak long rasa x sedap coz mesti nanti mak cik2 kak long mesti ty kak long bila lg?


Kalau lah kak long mampu jawab soklan tu... dah lama kak long jawab... Tapi itu semua bukan urusan kita...Urusan Allah S.W.T kerana dia yang mengetahui segala2nya..


Sampai satu tahap malas dah nak pikiaq pasal jodoh nie...Apa yang penting sekarang nie ialah teruskan mencari kerja dan memohon pertolongan dariNYA agar murahkan rezeki kak long..
Teruskan usaha mendekatkan diri denganNYA...
Yang lain letak tepi dulu...


INSYAALLAH kak long yakin Allah S.W.T akan bagi yang terbaik untuk kak long..


P/S: Tabahkan hatimu kak long kerana setiap ujianNYA itu pasti ada hikmah disebaliknya...Ingat kak long walau apa yang terjadi Allah akan selalu bersama kita..