Monday, November 26, 2012

12 Tahun Sudah Berlalu....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Alhamdulillah...Sungguh saya tak sangka hampir 12 tahun saya telah mengikuti kelas Tajwid Al-Quran yang dianjurkan oleh Ustaz di kampung saya.
Yang paling menggembirakan hati saya ialah kelas ini telah diikuti oleh semua ahli keluarga saya termasuklah emak, kakak, abang dan saya..Syukur Alhamdulillah kerana kami semua masih berada di bawah rahmat-Mu.. 

KISAH BERMULA...

Pada ketika itu umur saya baru mengjangkau 15 tahun, tahun saya akan mengambil peperiksaan PMR... 
Kakak saya yang mencetuskan fenomena kepada kami sekeluarga, kakak kesayangan saya RAFEAH  BINTI NON....
Selepas mendapat anak yang kedua, kakak saya telah mendapat hidayahNYA..dia telah mengubah corak hidupnya daripada kurang arif tentang ISLAM kepada cenderung mempelajari agama Allah S.W.T..

Pemakaiannya juga berubah 360 darjah kepada pemakaian yang mengikut syariat...Dia mula mengikuti majlis-majlis ilmu di masjid untuk mendalami tentang ISLAM..

Saya sebenarnya terharu dengan perubahannya itu, setiap langkah perubahannya itu mendapat sokongan yang kuat daripada suaminya merupakan abang ipar saya iaitu BADRILSHAS BIN DARUS...
Baginya apabila dia berubah, dia juga ingin melihat keluarganya turut sama mengikuti jejak langkahnya..
Pada mula pengtarbiyahannya mendapat tentangan juga dari keluarga saya...
Agak sukar untuk kami mengubahnya secara mendadak..namun begitu kakak saya tidak mudah berputus asa dalam mengajak kami ke arah lebih baik...

Sehinggalah suatu hari, kakak menyuarakan pandangannya agar kami mengikuti kelas tajwid Al-Quran...Tujuannya adalah satu, supaya kami dapat memperbetulkan bacaan kami dan semoga bacaan kami sah di dalam solat mengikut hukum tajwidnya..

Memandangkan emak sudah tidak bekerja dan saya masih bersekolah..jadi, kamilah mangsa percubaannya untuk mengikuti kelas tajwid Al-Quran tersebut...
Kelas tajwid itu dilakukan di rumah USTAZ AL-BAKRI BIN BASIR..(ustaz yang banyak mebimbing kami sekeluarga ke arah yang diredhaiNYA). Ustaz Bakri sebenarnya saudara saya juga, dia telah berkahwin dengan KAK NA merupakan dua pupu saya...

Mula-mula mengikuti kelas tersebut... saya sebenarnya terkedu dan terkejut kerana hampir kesemua pelajarnya terdiri daripada mak cik -mak cik dan kakak-kakak yang dah berkahwin.. saya seorang saja yang muda belia ketika tu..
Kelas tersebut diadakan pada pukul 2.45 petang 2 kali seminggu .. saya boleh menghadiri kelas tersebut kerana saya bersekolah pagi...
Hari pertama kelas tersebut, kami diajar menyebut makhraj huruf dengan betul..tentang bayaran pula mengikut kemampuan para pelajar tersebut, (ikhlas nak bagi banyak mana)... Saya pula mak yang tolong bayarkan.. hehehe.

Hari-hari seterusnya..saya mula memberontak tak mau gi kelas tajwid dah (biasa budak belia remaja)
sebab tak dak kawan kat kelas tu, bila saya merungut macam tu kat mak..
Mak apa lagi.. mula mulut mak membebel laju dari peluru M16..huhu
Dalam banyak2 ayat bebelan mak saya..yang paling meninggalkan kesan mendalam kat hati saya ialah...

" Jangan jadi macam mak, dah tua2 baru nak belajar  baca Al-Quran, muda2 macam noin(nama manja) la kena belajar, baru cepat boleh ..lidah pun lembut lagi nak diperbetul..In Syaa Allah, mana tau nanti mak gan ayah dah tak da nanti, bolehla noin sedekahkan kami dengan bacaan Al-Quran...In Syaa Allah, tenang roh kami di sana nanti..."

Terdiam saya dengan ayat-ayat sedih mak tu...
Sejak hari tu, saya tak berani dah nak ponteng kelas tajwid kecuali apabila ada aktiviti kat sekolah..terpaksalah saya ponteng jugak...hihihi


CERITA LUCU....

Sebenarnya, kelas tajwid yang saya ikuti tu..kami tak mengaji muqaddam macam dulu-dulu.. sebaliknya kami mengaji asas Al-Quran  dengan bantuan BUKU IQRA'.. 
Ustaz kata buku Iqra' lebih senang nak membetulkan makhraj huruf seseorang...

Nak dijadikan cerita, suatu hari saya dapat ubah bacaan Iqra' saya dari huruf TA ( ت  ) ke huruf THA ث )
Seronok tak ingat pas tu...(happy dapat ubah) hihihi.
 Gembira saya sekejap je...Ialah lepas tu saya kena baca Iqra kat huruf THA      ( ث ) jer hampir sebulan setengah..
Sebab ustaz cakap bacaan saya tak betul..
Nak give up pun ada juga  masa tu... ialah mak cik-mak cik yang lain baca tak betul pun!!! tapi ustaz bagi juga diorang ubah... saya semuanya tak boleh!!!
saya merungut kak kakak saya.. (jealous gan mak cik -mak cik kat situ)
Dalam hati saya pula cakap ustaz pilih kasih ( merajuk gan ustaz!!!!)...huhuhuhu

Pas tu, apa lagi mulalah tazkirah kakak saya yang panjangnya berjela-jela..hinggakan nak cair juga tahi telinga saya mendengar...huhuhu..

Tapi pointnya ialah kakak cakap saya muda lagi sebab tu ustaz nak push saya baca bagi betul juga, supaya nanti bacaan saya pada masa akan datang akan lebih baik daripada mak cik -mak cik tu...(mana tau nanti ley jadi tok guru mengaji ganti ustaz) huhuhu...
Lagi satu kakak ada cakap juga, kalau ustaz tak ubah bacaan mak cik-mak cik  tu macam ustaz lakukan kat saya, nanti diorang mesti tak datang mengaji dah...
Tiba-tiba semangat nak mengaji datang balik (macam budak-budak)...hihihi 

Moral of the story : Ustaz sayang semua para pelajar dia..huhuhu


PINDAH KELAS

Hampir tiga tahun kami mengaji di rumah Ustaz, akhirnya keluarga kami mencadangkan kelas baru dibuat di rumah kami tapi kelas tersebut dibuat hanya untuk kami sekeluarga sahaja...
Alhamdulillah ustaz bersetuju, bayaran  RAHSIA...
Tapi ada juga mak cik-mak cik berdekatan dengan rumah saya yang datang..
Ilmu agama ni kita perlu berkongsi dengan orang ramai supaya ilmu itu lebih berkat...In Syaa Allah.

Ia berterusan hingga sekarang, tapi kami tidak hanya belajar ilmu tajwid sahaja, ada satu hari dalam sebulan kami akan dengan bacaan kitab JAM'UL FAWAID yang diterangkan oleh ustaz juga..


SEDIKIT KEGUSARAN

Yang paling merisaukan saya ialah waktu saya, ialah saya merupakan pelajar ustaz yang paling banyak ponteng kelas..
Lepas SPM saya melanjutkan pelajaran ke POLITEKNIK.. selepas itu saya masuk UNIVERSITI pula..bila cuti jer saya berkesempatan menghadiri kelas ini...
Dan kali ini pekerjaan pula menjadi penghalangnya..rezeki saya bukan di sini agaknya..banyak temuduga yang saya hadiri memberikan jawapan negatif..
so, sekarang nie..saya tengah apply keje belah KL pula.. tak kan nak tanam anggur jer... bising mak nanti..

Apa pun saya harap selepas ini, walau di mana jua saya berada... saya akan dikelilingi oleh orang2 yang cintakan ilmu Allah seterus DIA mendekatkan saya dengan majlis-majlis agama agar saya terus berada di jalan yang diredhaiNYA...

Wahai rakan2 janganlah malu untuk menuntut ilmu Allah.. jangan jadikan usia anda sebagai penghalang kepada anda untuk mencari ilmuNYA.
Ingat rakan2... mak cik-mak cik kat kg saya pun berlumba-lumba untuk belajar kalam Allah S.W.T..
Anda yang muda, takkan tak tercabar dengan semangat mak cik-mak cik ini..
(ayat phsyco)....huhuhu.



INGAT : Bila kita baca 1 huruf di dalam Al-Quran...Allah S.W.T  bagi 10 pahala kepada kita..(banyak tu..)

KEMPEN : JOM PAKAT RAMAI-RAMAI BACA AL-QURAN !!!!!

Setiap manusia dilahirkan tidak akan terus menjadi pandai, sebaliknya dia perlu berusaha mencari ilmu untuk menjadikannya orang bijak pandai..

Hidayah pula tidak akan datang kalau tidak dicari..jadi, sentiasa pohon taufik dan hidayahNYA agar kita sentiasa berada di bawah rahmatNYA...

Persekitaran akan menentukan siapa diri kita..sentiasalah berdampingan dengan orang2 sukakan agama Allah, nescaya kita juga akan mendapat tempiasnya dan menjadi salah seorang yang cintakan agama Allah...


Apabila kita mencintai dunia, dunialah yang kita dapat tetapi apabila kita mencintai akhirat..In Syaa Allah, akhirat kita dapat dan dunia akan mengiringanya....




P/S : Selagi jasad masih bernyawa, janganlah dunia sahaja yang dikejari kita tetapi rebutlah peluang untuk melipat gandakan amal akhirat kita agar
 penyesalan tidak menghantui kita nanti di saat hari perhitungannya tiba.

UNTUK MENCARI PAHALA DI DUNIA TERLALU MUDAH, TETAPI UNTUK MENCARI SATU PAHALA DI AKHIRAT KELAK TERLALU SUKAR KERANA DI SANA NANTI BELUM TENTU ADA MANUSIA YANG AKAN MEMBERIKAN KITA WALAU SATU PAHALA SEKALIPUN... INI KERANA MASING-MASING BEGITU BIMBANG ADAKAH PAHALA MEREKA ITU CUKUP UNTUK MEREKA MENGHUNI SYURGANYA ATAU SEBALIKNYA....

WASSALAM...










Friday, November 23, 2012

Penyejuk Hatiku....



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Tahun lepas ramai rakan-rakan saya yang telah melangsungkan perkahwinan... Bulan November dan Disember tahun ni pun ramai jugak  rakan- rakan  saya yang akan melansungkan perkahwinan.. 

In Syaa Allah..Jika diizinkan olehNYA saya akan pergi. Kita hanya merancang selebihnya, DIA yang tentukan...
Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menjemput saya,  kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan 

بَارَكَ اللّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرِ

Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat...Aaamiiin.

Sebenarnya bukan topik kahwin yang saya nak tulis sekarang nie...huhu. 
Pada tanggal 29 September 2012, Alhamdulillah saya dikurniakan seorang cucu saudara yang sangat comel, namanya AMMAR MUSTAQIM anak sulung kepada anak buah saya NABILAH...
Ermm...dengan kelahiran Ammar maka pangkat saya juga menjadi semakin tua..huhuhu
Ramai yang menggelarkan saya tok su...dengar namanya jer dah boleh bayangkan bertapa tuanya saya...hihihi
Tetapi memandangkan saya belum berkahwin so panggilan tok tu diabaikan..huhu. 
So, panggilan yang terbaru untuk saya jika Ammar nak panggil ialah ACU...(perasan muda)..hehehe

Inilah pengarang jantung hati saya...


Gambar Ammar ketika 7 hari, baru lepas bertahnid dan cukur rambut

Comelkan... Dah seminggu Ammar ikut mama balik umah dia...huhuhu.


Bulan Oktober yang lepas, rakan baik saya  (MY BFF) ROHAYATI BINTI UZIR selamat melahirkan puteri sulungnya yang diberi nama NUR DAHLIA AZZAHRA..

Hingga hari ini saya belum berkesempatan untuk bertemu mereka berdua lagi..Alhamdulillah semalam sempat juga buat panggilan telefon bertanyakan khabar dia dan anaknya..
Sedikit tersentuh dihati saya bila dia menceritakan saat sakit melahirkan anaknya, dia diuji dengan sakit selama 3 hari berturut-turut sebelum selamat melahirkan anaknya.

Yang paling saya tersentuh bila dia menceritakan saat melahirkan anaknya... dia kata dia sanggup Allah S.W.T ambil nyawanya  lagi daripada anaknya.. (Seandai situasi berkeadaan 50:50)
Alhamdullilah dia selamat melahirkan anaknya seberat 3.1 kg secara pembedahan kerana dia tak mampu melahirkan secara normal.
Sesesungguhnya saat melahirkan anak ibarat saat seorang ibu mempertaruhkan nyawanya demi memastikan anak yang dilahirkannya  selamat melihat alam ciptaan ALLAH S.W.T. 
SUBHANAALLAH besar sungguh pengorbanan seorang ibu dan isteri..

(Para suami hargailah isteri anda sebaik mungkin seperti mana mereka sanggup bertarung nyawa mereka saat melahirkan zuriat anda)

Walaupun saya tak dapat tengok secara langsung anaknya...dia dengan berbesar hati telah mengirim gambar anaknya di Facebook saya..huhuhu.. Jadi, saya pun nak berkongsi gambar anaknya bersama-sama anda semua...


Gambar Azzahra ketika 15 hari (ummi dia cakap)

In Syaa Allah..jika diizinkan olehNYA, aunty Ain akan datang melawat Azzahra gan ummi yer.. Comel sangat dia...


**** Tetiba teringin  nak ada anak la pula..huhuhu. Cemburu tengok orang lain dengan anak masing-masing***
Biasalah naluri seorang  ibu akan wujud pada setiap wanita yang diciptakan olehNYA..
dan
Menjadi fitrah seorang wamita untuk bergelar seorang ibu jika diizinkan olehNYA..

Pada kalian yang baru mendapat anak saya ucapkan...

“Ja’alallahu mubaarokan ‘alaika wa ‘ala ummati Muhammadin”

( “Semoga Allah menjadikannya anak yang diberkahi atasmu dan atas umat Muhammad s.a.w” )

Semoga anugerah ini (anak) memberi keberkatan kepada keluarga  kalian..

~~~~ Untuk bergelar seorang ibu, sebenar Allah S.W.T telah merealisasikan impian saya sejak 23 tahun lalu...Ialah menjadi ibu saudara kepada anak saudara saya (waktu itu berusia 4 tahun..hehe)
Tetapi untuk menjadi ummi kepada zuriat sendiri belum ada rezeki lagi...Semoga laluan saya ke arah itu dipermudahkanNYA.. Aaamiiin~~~


Tak berapa sihat sepenuhnya lagi..tapi gatal tangan hendaklah menulis...hihihi



WASSALAM....

Wednesday, November 21, 2012

Dugaan Tahun 2012...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah...Betapa bertuahnya kita diberi nikmat sihat,  namun begitu masih ramai lagi yang tidak mensyukuri nikmat sihat ini.

Bulan ini, sekali lagi Allah S.W.T menduga saya dengan nikmat demam panas, demam panas kali ini mencecah 40 darjah celcius tahap kepanasannya. Terasa diri lesu dan tak mampu nak lakukan sebarang aktiviti hanya mampu terbaring di atas katil saja. Hari nie, baru mampu nak lakukan sebarang aktiviti yang ringan...huhu

Tahun 2012 sahaja, saya diserang dengan pelbagai penyakit (dugaan hidup)sampaikan terpaksa berjumpa dengan pakar. Namun begitu, saya bersyukur kerana penyakit yang saya alami tidak mambawa kemudaratan yang berpanjangan. Deman panas saja, hampir 7 kali menyerang saya tahun ini.. mungkin antibodi badan saya lemah..inilah padahnya bila tak suka minum susu..huhu. Sekarang nie, baru berjinak-jinak minum susu..huhuhu.

Kenapa saya menggelar sakit itu nikmat? Bila kita sakit, Allah S.W.T memberi peluang kepada kita untuk mengingatiNYA disamping menghapus kafarah dosa-dosa kita selama ini. 


Gambar yang cantik daripada laman web ILuvIslam.com


Berikut adalah hikmah disebalik sakit yang kita alami yang diambil dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi menulis ada lima hikmah dari sakit yang dialami manusia.

Pertama, sakit merupakan kesempatan untuk beristirahat. Kecenderungan manusia saat sihat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan materi tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesehatan diri sendiri. Ia tidak menyedari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.Maka ketika seseorang sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirahat, sambil melakukan introspeksi dan berpikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah ia sembuh nanti.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit parah, ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesihatan. Ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya.Ketika seseorang sakit, ia akan merasakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, ia akan tahu apa yang harus ia lakukan ketika orang lain yang sakit.

Ketiga, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sihat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari seonggok tulang dan darah yang dibungkus kulit.

Keempat, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang soleh, orang sejahat apapun ketika sakit parah tak bisa berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencacimaki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan dan penyeselan.Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadits diterangkan. “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan keruwetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, sang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya. 

Sebelum saya mengundur diri, hargailah 5 perkara sebelum 5 perkara :-

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.



Ini yang mampu saya tulis setakat ini ( belum sembuh sepenuhnya lagi)..semoga ada lagi perkongsian selepas ini. In Syaa Allah...

Bersabarlah menghadapi dugaan Allah S.W.T. kerana Allah suka dan bersama-sama orang yang sabar.

* Maaf, hikmah sakit di atas ditulis dalam bahasa Indonesia..kalau kurang faham saya minta maaf. In Syaa Allah, jika diizinkanNYA saya kembali sihat walafiat, saya akan tukarkan ke dalam bahasa Melayu..
Buat masa sekarang nie, akal tak mampu berfikir secara waras lagi kesan daripada makan ubat..yang saya nampak bila makan ubat hanyalah tilam yang empuk..untuk tidur...huhuhu
Doakan saya cepat sembuh yer!!!

Wassalam...

Sunday, November 18, 2012

Cuba menghakis perasaan marah dan dendam....

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah..hari ini dah masuk hari ketiga kita berada di tahun baru hijriyah 1434.
Semoga tahun baru ini mampu membawa kita ke arah kebaikan dan meninggalkan segala kelemahan yang lalu.

Semua orang ada sejarah hidup masing2..begitu juga saya. 
Hampir 3 tahun hidup saya dibelenggu dengan perasaan marah, geram dan dendam..Semua itu dirangkul menjadi satu didalam hati ini..

Kekadang perasaan itu datang tanpa diduga dan hilang bila hati ini dekat denganNYA. Tapi saya juga macam orang lain.. tahap iman belum lagi kukuh untuk menolak semua perasaan mazmumah ini..
Iman saya mudah turun naik...Untuk mengukuhkannya saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi supaya hati saya lenyap terus dengan perasaan ini. 
In Syaa Allah..saya yakin perasaan marah ini akan hilang dalam diri ini suatu hari nanti (berfikiran positif)..Aamiin.

Kekadang saya sendiri gagal untuk mengawal perasaan saya ini....
Apa yang saya boleh lakukan ialah beristighfar dan mendengar zikrullah bagi mengurangkan rasa marah di hati ini.
Selain itu, saya lebih banyak berdiam diri dan duduk menyendiri dan muhasabah diri..
Itu yang mampu saya lakukan..

Tahap marah dan benci saya terlalu kuat hinggakan saya tak mampu untuk memandang bahkan bercakap dengan orang yang saya marah tu..
3 tahun terlalu lama untuk saya kikis perasaan marah dan benci saya terhadap orang itu..

Saya tahu saya telah melakukan perkara yang menambahkan dosa saya tetapi itu hakikat yang saya tanggung sekarang ini..
Bukan saya tak berusaha untuk menjernihkan kembali silaturrahim ini..tetapi hati saya sakit dengan apa yang dilakukannya....

Apabila mengenangkan hadith-hadith ini, terasa berdosa sekali diri ini...hari-hari saya menangis bila membaca hadith2 ini..Tapi saya tak cukup kuat untuk melawan perasaan marah hasil daripada hasutan syaitan laknatullah..


Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)


Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )



Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” ( al-Bukhari)



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
(Riwayat al-bukhari)

MasyaAllah!!! besar dosa saya telah lakukan selama ini... hasil daripada keangkuhan dan ego yang menggunung dalam diri ini..
Ya Allah Ya TuhanKu..Maafkan segala kekhilafan hamba-Mu ini.. (Menangis meratapi diri ini yang terlalu banyak dosa...)





Sempena tahun baru ini, saya berazam supaya saya mampu memaafkan dan melupakan segala apa yang dilakukannya oleh beliau terhadap saya..dan  berharap dia juga mampu memaafkan segala ketidakwajaran yang saya lakukan terhadapnya.


Saya juga mohon kalian semua dapat mendoakan yang terbaik untuk saya.

  
Mulai tahun ini, saya telah melatih diri ini memohon (berdoa) supaya Allah S.W.T melembutkan hati ini dan bersabar dengan segala dugaan yang mendatang. Semoga Allah S.W.T dapat menerima taubat hamba-NYA ini..


Semoga kata-kata dibawah mampu menjadi pengubat hati ini bila berada dalam keadaan marah dan benci :-




"Emosi marah, dendam , dengki akan menghasilkan sifat meyalahkan orang lain. 
Menyimpan perasaan ini akan memberi kehidupan yang sempit dan tidak akan bahagia. 
Kebencian akan menyebabkan senang ada kanser mengikut setengah kajian. 
Sebab itu memaafkan orang lain cara terbaik menyihatkan badan.
Sesiapa yang tidak dapat memaafkan orang sebenarnya menjadi mangsa minda negatif diri sendiri dan tidak akan berjaya dunia akhirat. 
Orang yang sentiasa ingat mati senang memaafkan orang lain kerana dia mengharapkan pengampunan Allah. 
Jom lihat diri jika dengan hanya orang buat silap kita berdendam di mana hati kita dgn Allah. 
Lihat hidup orang yang sukar memaafkan tentu tidak bahagia dan membahagiakan.
Lihat apa emosi kita sebelum tidur.
Jika tidak bersyukur dan memaafkan dan muhasabah diri alangkah ruginya!"
-PROF DR MUHAYA-



Sebelum saya mengakhiri luahan hati ini..sama2lah kita mendoakan keselamatan saudara-saudara Islam kita yang teraniaya di Palestine, Syria, Iraq dan Rohinya..hasil daripada kekejaman dan kerakusan pihak zionis dan juga musuh2 Islam dalam menzalimi mereka tanpa belas kasihan. Semoga doa kita dapat mengurangkan kesengsaraan mereka di sana..




Saya hanya manusia biasa, yang sering melakukan dosa dan lalai dalam menjalani hidup ini..Namun bila taufik dan hidayahNYA menyapa, siapalah saya untuk menolaknya..Semoga masih terbuka lagi pintu taubatNYA untuk hambaNYA ini merentih dan memohon kemaafan di atas kekhilafan diri ini.

P/S: Saya berharap anda semua dapat memberi sedikit ilmu kepada saya..bagaimana cara untuk saya menghakis sifat marah dan benci serta melatih diri untuk lebih banyak bersabar dalam setiap kesulitan yang dihadapi...جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا


Wassalam



Tuesday, November 6, 2012

Hanya Pada-MU Tempatku Mengadu...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim....


Agak-agaknya bila anda masalah...Siapa agaknya anda akan ceritakan masalah anda tu?

Ada yang luahkan pada mak, ayah, kakak, abang, adik...senang cerita pada keluarga kan!!!! 
Alhamdulillah... kalau anda masih menjadikan keluarga sebagai medium untuk anda meluahkan masalah anda  itu.

Tapi tak dinafikan bagi mereka yang berada jauh di perantauan dan jauh daripada ibu dan ayah... Rakan-rakan adalah pendengar yang terbaik bagi mendengar segala luahan hati mereka.
( Masa belajar dulu rakan-rakan adalah pendengar setia masalah saya...tapi seingat saya!!! saya lah yang lebih kerap menjadi pendengar setia bagi setiap masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan saya...
Kenapa jadi macam nie?..Saya seorang yang 'cool' dan bersikap terbuka terhadap mereka.. dan saya akan menasihati mereka secara rasional dan berdasarkan apa yang disuruh oleh agama serta menyuruhkan mendekatkan diri dengan Allah, InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan..)

Tapi ada segelintir pihak pula lebih senang menjadikan 'boyfriend' dan 'girlfriend' mereka sebagai tempat untuk meluahkan masalah, mereka beranggapan 'boyfriend' and 'girlfriend' lebih 'care' terhadap masalah mereka berbanding keluarga sendiri. 
( Saya paling tak setuju tentang bab nie, kerana mereka bukan mahram kita pun... dah tu buat nak 'share' masalah kita dengan diorang... Paling hebat yang boleh mereka lakukan ialah... "Sabarlah sayang, honeykan ada...apa kata honey bawa sayang gi jalan-jalan... for sure sayang ok pas nie.." kadang nak termuntah dengar ayat orang bercinta sebelum kahwin nie.. bukannya mendatangkan pahala pun bila 'share' masalah dengan mereka..tapi sebaliknya dapat dosa lagi adalah... semoga yang sedang ber'couple' tu, insaflah pas nie kay...)

Ermmm..yang lebih meharukan sekarang nie ialah ada juga yang menjadikan 
FACEBOOK dan TWITTER sebagai tempat untuk meluahkan masalah mereka.
Banyak implikasi yang akan terjadi apabila kita meluahkan masalah kita di laman sosial nie... antaranya boleh menimbulkan fitnah kerana mungkin orang yang membaca status kita akan tersalah tafsir terhadap apa yang dibaca olehnya itu...
Selain daripada fitnah, ianya juga boleh menyebabkan pergaduhan yang tak disengajakan...ialah bila kita tengah geram...apa2 saja kita boleh letak kat status kita kan!!!! Bila sebelah pihak sana baca, boleh menyebabkan pergaduhan... So, banyaklah keburukan daripada kebaikan apabila kita cuba meluahkan masalah  di laman sosial nie...
( Saya lebih suka menjadikan laman sosial ini sebagai medium untuk kita menyebarkan dan menyampaikan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan.. InsyaAllah, ianya  boleh menjadi sebahagian daripada aset pahala kita untuk dibawa bersama kita di akhirat kelak..Aamiin )


CARA MENYELESAIKAN MASALAH MENGIKUT KONSEP HIDUP AIN.....

Saya pun manusia biasa... tak lari daripada masalah. Sekali pandang, memang muka saya nampak 'cool' jer macam tak dak masalah. Tapi hakikatnya hanya Allah S.W.T yang mengetahui segala-galanya ...
Kekadang saya rasa macam nak lari jauh daripada kehidupan saya nie.. lari jauh ke tempat yang orang tak kenal saya dan mulakan hidup baru sebagai AIN yang lain ( penyelesaian masalah bagi orang yang x matang dalam menangani masalah huhuhu...)

Bila  teringat... Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 286 :



Yang bermaksud :-

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".



Bila teringatkan ayat ini...saya mengambil keputusan untuk redha dengan segala ketentuanNYA.

Apabila saya diuji olehNYA dengan masalah... saya lebih senang mengadu kepadaNYA kembali kerana DIA yang menjadikan kita dan DIA juga berhak ke atas setiap inci tubuh kita serta DIA juga yang menjaga hati kita..
Oleh sebab itu, saya lebih senang untuk merintih kepadaNYA bagi setiap masalah saya..
Apa yang saya rasa bila saya mengadu kepadaNYA ialah KETENANGAN!!!!
Subhanaallah, ketenangan itu..tak mampu saya perolehi jika saya meluahkannya kepada orang lain...

Untuk pengetahuan anda semua... saya nie jenis yang tak ramai rakan-rakan..saya seorang pendiam..saya rapat dengan keluarga.. tapi untuk menceritakan masalah saya kepada mereka, rasanya saya tak akan berbuat begitu...

Pada saya, memang saya ada masalah... tapi mereka lebih banyak masalah..so, kenapa saya perlu bebankan mereka dengan masalah saya.***

Kalau 'statement' di atas dengar kat pakar psikologi dah tentu dia kata saya bakal mengalami masalah kemurungan nanti kerana sikap saya yang tidak suka 'share' masalah dengan orang lain..huhuhu

Penjelasan untuk 'statement' ***

Untuk meluahkan masalah saya kepada mak... rasanya tak sanggup saya lakukan kerana cukuplah dia mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan menjaga sehingga saya besar..sepanjang itu telah banyak dia menelan segala karenahnya saya yang kadang2 membuatkan dirinya pening kepala.. lagipun mak dah tua, elok rasanya dia habiskan sisa hidupnya dengan amal ibadat dan merasa nikmat hidup tanpa memikirkan benda-benda yang boleh memeningkan kepalanya.. ( Saya anak yang baik, so saya x mau bebankan mak saya dengan masalah saya..)

Saya tak kahwin lagi, so tak da lah nak 'share' masalah gan suami...huhuhu. Insyaallah, coming soon...hehehe. (Abaikan merapu meraban jer lebih...)

Adik beradik.. semua dah kahwin, dah ada keluarga masing-masing. So, sebagai adik saya tak mahu mereka dibebankan dengan masalah saya..cukuplah mereka bahagia bersama keluarga masing-masing...InsyaAllah, saya juga akan bahagia melihat mereka bahagia.

Rakan-rakan...macam yang saya cakapkan tadi, saya tak ada ramai kawan.. yang betul-betul rapat dengan saya kebanyakan sudah mendirikan rumahtangga...Jadi, kenapa saya perlu membebankan masalah saya kepada mereka pula..

Bagi saya..saya hanya perlu menceritakan perkara-perkara yang baik saja kepada mereka..supaya mereka senang dengan kehidupan saya...


Terapi untuk masalah saya ialah dengan mengadu dan merintih kepada  ALLAH S.W.T..
kerana bila saya mengadu kepadaNYA saya bebas untuk mengalirkan air mata saya..saya tak malu untuk lakukannya kerana saya tahu DIA mendengar segala masalah saya.. 
dan saya yakin apabila DIA mendengar masalah...InsyaAllah, DIA juga akan mengirimkan penyelesaiaan yang terbaik untuk masalah saya itu...



Bagi saya..saya tidak hanya mengadu ketika solat saja... bahkan tiap-tiap hari dan dalam keadaan apa jua sekalipun.. saya akan sentiasa mengadu kepadaNYA...dengan cara ini saya rasa ALLAH S.W.T lebih dekat dengan saya untuk membantu saya mengharungi apa jua dugaan hidup ini...


Ingatlah setiap masalah ada penyelesaiannya..mengadu dan memintalah padaNYA..InsyaAllah, DIA akan mengirimkan penyelesaian yang terbaik buat kita...

Sekian, Wassalam....












Saturday, October 13, 2012

SELAMAT HARI LAHIR AIN YANG KE-27!!!!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur Alhamdulillah...
Sekali lagi Allah S.W.T bagi kesempatan untuk saya menyambut ulang tahun saya yang ke-27 pada tanggal 12 Oktober 2012.
Dah tua rupanya saya nie!!!
Sekejap saja masa berlalu, sedar x sedar dah menjangkau lewat 20-an saya nie..



Nikmat panjang umur yang diberikan oleh Allah S.W.T nie adalah satu anugerahNYA yang x ternilai rasanya...
X boleh diucapkan dengan kata-kata apabila Allah memberi nikmat panjang umur nie...
Apa yang mampu dituturkan oleh bibir ini ialah SYUKUR ALHAMDULILLAH...

KEHIDUPAN SAYA...

X dak yang menarik untuk menceritakan pencapaian saya setakat nie..
Kereta pun belum mampu dibeli, rumah apatah lagi..pekerjaan? tengah menunggu pekerjaan yang sesuai dengan diri.. tapi sekarang nie saya menjadi seorang peniaga kecil-kecilan.. Insyaallah kalo diizinkan olehNYA saya ingin membuka cafe dan kedai bakeri dibawah satu bumbung..huhu (besarnya impian ko AIN!!!)
Hidup hendaklah dimulai dengan impian..Insyaallah menjadi kenyataan nanti..
Tapi Alhamdulillah, saya mampu menampung hidup saya sendiri berkat rezeki yang diberi olehNYA melalui hasil jualan saya.. Bulan-bulan boleh menjangkau 6 - 7 ratus la jugak. Syukur sangat2 kerana x menyusahkan family saya..huhuhu.

Kalau nak cakap tentang kehidupan orang dewasa nie.. memang penat untuk difikirkan. 
Kekadang terfikir nak jadi kanak-kanak balik coz x payah fikir macam2 just makan, main dan bila letih tidur..senangkan jadi kanak-kanak..huhuhu

Apatah lagi perempuan macam saya, macam-macam benda nak fikir antara salah satu yang menyesakkan fikiran saya ialah KAHWIN!!!!
Apalah salah wanita bila menjangkau umur lewat 20-an nie x kahwin?
Kalau boleh kami pun nak kahwin awal cuma Allah S.W.T belum temukan kami dengan jodoh kami lagi..pengubat terbaik bagi ialah berdoa dan bersabar..huhuhu
Tolonglah orang2 di sekeliling kami, jadilah rasional sikit... setiap manusia pasti ada jodoh masing2 cuma cepat atau lambat jer..
Bagi saya, biarlah lambat asalkan dapat yang terbaik. 
So, buat family dan rakan2.. yang mana ingin kami kahwin cepat2..berdoalah banyak kepadaNYA agar kami dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kami.. baik untuk agama, dunia dan juga akhirat..

Saya selalu berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk saya,agama, dunia dan akhirat..Aaaaminn.


BAB ILMU...

Alhamdulillah... setakat hari ini saya masih lagi belajar dan akan terus belajar untuk menjadi hambaNYA yang terbaik.
Credit to my sis coz always invited me to join  any majlis ilmu that she knows at masjid arounds my place.
Insyaallah kalau diizinkan olehNYA saya berharap saya dapat kembali menyertai usrah yang hampir 2 bulan saya tinggalkan. 
Sebenarnya di lubuk hati ini...saya sedih sangat kerana terpaksa meninggalkan bulatan usrah yang selama ini saya hadiri.. di atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan saya terpaksa tinggalkan mereka.
Sesungguhnya melalui usrah saya dapat mempelajari banyak benda yang x mungkin saya perolehi di tempat lain.
dan yang paling terkesan bila usrah ialah kami berusrah semata2 menuju redhNYA...
dan ukhwah yang terbina antara kami adalah semata2 kerana Allah S.W.T...
Saya juga berharap saya dapat menghadiri majlis ilmu selepas saya mendirikan rumahtangga nanti... kerana sesungguhnya ilmu Allah itu luas untuk diterokai..


IMPIAN...

Bila menjangkau 27 tahun nie..impian saya ialah melihat keluarga saya lebih mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T.....
Alhamdulillah, tarbiyah yang dilakukan oleh kakak saya ternyata memberi kesan kepada kami sekeluarga namun begitu ianya belum betul2 meresap ke dalam diri kami masing2 lagi..
Semoga Allah membukakan pintu hidayahNYA kepada kami agar sentiasa menuntun kami untuk terus berada di jalan yang direhai olehNYA sepanjan hidup kami...

Dari segi kehidupan pula..saya berharap Allah S.W.T menemukan saya dengan pekerjaan yang mampu membuatkan saya sentiasa mengingatiNYA dalam apa jua tindakan saya dalam pekerjaan tersebut.
Saya juga berharap Allah S.W.T dapat  mendekatkan diri saya dengan majlis2 ilmu dan menemukan saya dengan rakan2 yang sentiasa mengingatkan saya tentang agama saya dan mampu memimpin serta menegur saya kembali ke jalanNYA apabila saya alpa & lalai dalam meniti arus dunia ini. 

Buat bakal jodoh saya, hanya satu saya minta daripadamu...
jadilah pemimpin yang tidak pernah jemu untuk mendidik, mengajar, menegur serta membimbing (saya dan bakal anak-anak kita) dengan penuh kasih sayang dan berhemah dalam menuju syurgaNYA yang abadi.
Buat bakal jodoh saya.. terimalah apa adanya saya kerana saya adalah insan biasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri... tolong lengkapi kekurangan saya dengan kelebihan awak, insyaallah saya pula akan lengkapi kekurangan awak dengan kelebihan saya. Semoga rumahtangga yang dibina oleh kita nanti sentiasa dirahmati olehNYA. Aaaamin..

Buat Family tersayang..
Saya berharap apa jua jalan yang bakal pilih kelak.. tolong terimalah semua itu dengan hati terbuka kerana tanpa sokongan kalian siapalah saya..
Tolong iringi perjalanan hidup saya dengan doa kalian, Insyaallah hidup saya akan lebih bermakna dan diredhai oelhNYA.

Buat rakan-rakan...
saya berharap ukhwah yang terjalin antara kita selama ini tidak akan pernah terputus dek jauh kita berkelana.. 
Saya berharap kita mampu mengekalkan jalinan ukhwah yang sedia terbina ini melalui doa, FB, email, telefon, sms serta lain lagi...
Apa yang saya boleh katakan ialah tanpa kamu semua siapalah saya...


SELAMAT ULANG TAHUN
AIN
KE-27!!!!

Sekian..Wassalam..