Monday, November 26, 2012

12 Tahun Sudah Berlalu....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Alhamdulillah...Sungguh saya tak sangka hampir 12 tahun saya telah mengikuti kelas Tajwid Al-Quran yang dianjurkan oleh Ustaz di kampung saya.
Yang paling menggembirakan hati saya ialah kelas ini telah diikuti oleh semua ahli keluarga saya termasuklah emak, kakak, abang dan saya..Syukur Alhamdulillah kerana kami semua masih berada di bawah rahmat-Mu.. 

KISAH BERMULA...

Pada ketika itu umur saya baru mengjangkau 15 tahun, tahun saya akan mengambil peperiksaan PMR... 
Kakak saya yang mencetuskan fenomena kepada kami sekeluarga, kakak kesayangan saya RAFEAH  BINTI NON....
Selepas mendapat anak yang kedua, kakak saya telah mendapat hidayahNYA..dia telah mengubah corak hidupnya daripada kurang arif tentang ISLAM kepada cenderung mempelajari agama Allah S.W.T..

Pemakaiannya juga berubah 360 darjah kepada pemakaian yang mengikut syariat...Dia mula mengikuti majlis-majlis ilmu di masjid untuk mendalami tentang ISLAM..

Saya sebenarnya terharu dengan perubahannya itu, setiap langkah perubahannya itu mendapat sokongan yang kuat daripada suaminya merupakan abang ipar saya iaitu BADRILSHAS BIN DARUS...
Baginya apabila dia berubah, dia juga ingin melihat keluarganya turut sama mengikuti jejak langkahnya..
Pada mula pengtarbiyahannya mendapat tentangan juga dari keluarga saya...
Agak sukar untuk kami mengubahnya secara mendadak..namun begitu kakak saya tidak mudah berputus asa dalam mengajak kami ke arah lebih baik...

Sehinggalah suatu hari, kakak menyuarakan pandangannya agar kami mengikuti kelas tajwid Al-Quran...Tujuannya adalah satu, supaya kami dapat memperbetulkan bacaan kami dan semoga bacaan kami sah di dalam solat mengikut hukum tajwidnya..

Memandangkan emak sudah tidak bekerja dan saya masih bersekolah..jadi, kamilah mangsa percubaannya untuk mengikuti kelas tajwid Al-Quran tersebut...
Kelas tajwid itu dilakukan di rumah USTAZ AL-BAKRI BIN BASIR..(ustaz yang banyak mebimbing kami sekeluarga ke arah yang diredhaiNYA). Ustaz Bakri sebenarnya saudara saya juga, dia telah berkahwin dengan KAK NA merupakan dua pupu saya...

Mula-mula mengikuti kelas tersebut... saya sebenarnya terkedu dan terkejut kerana hampir kesemua pelajarnya terdiri daripada mak cik -mak cik dan kakak-kakak yang dah berkahwin.. saya seorang saja yang muda belia ketika tu..
Kelas tersebut diadakan pada pukul 2.45 petang 2 kali seminggu .. saya boleh menghadiri kelas tersebut kerana saya bersekolah pagi...
Hari pertama kelas tersebut, kami diajar menyebut makhraj huruf dengan betul..tentang bayaran pula mengikut kemampuan para pelajar tersebut, (ikhlas nak bagi banyak mana)... Saya pula mak yang tolong bayarkan.. hehehe.

Hari-hari seterusnya..saya mula memberontak tak mau gi kelas tajwid dah (biasa budak belia remaja)
sebab tak dak kawan kat kelas tu, bila saya merungut macam tu kat mak..
Mak apa lagi.. mula mulut mak membebel laju dari peluru M16..huhu
Dalam banyak2 ayat bebelan mak saya..yang paling meninggalkan kesan mendalam kat hati saya ialah...

" Jangan jadi macam mak, dah tua2 baru nak belajar  baca Al-Quran, muda2 macam noin(nama manja) la kena belajar, baru cepat boleh ..lidah pun lembut lagi nak diperbetul..In Syaa Allah, mana tau nanti mak gan ayah dah tak da nanti, bolehla noin sedekahkan kami dengan bacaan Al-Quran...In Syaa Allah, tenang roh kami di sana nanti..."

Terdiam saya dengan ayat-ayat sedih mak tu...
Sejak hari tu, saya tak berani dah nak ponteng kelas tajwid kecuali apabila ada aktiviti kat sekolah..terpaksalah saya ponteng jugak...hihihi


CERITA LUCU....

Sebenarnya, kelas tajwid yang saya ikuti tu..kami tak mengaji muqaddam macam dulu-dulu.. sebaliknya kami mengaji asas Al-Quran  dengan bantuan BUKU IQRA'.. 
Ustaz kata buku Iqra' lebih senang nak membetulkan makhraj huruf seseorang...

Nak dijadikan cerita, suatu hari saya dapat ubah bacaan Iqra' saya dari huruf TA ( ت  ) ke huruf THA ث )
Seronok tak ingat pas tu...(happy dapat ubah) hihihi.
 Gembira saya sekejap je...Ialah lepas tu saya kena baca Iqra kat huruf THA      ( ث ) jer hampir sebulan setengah..
Sebab ustaz cakap bacaan saya tak betul..
Nak give up pun ada juga  masa tu... ialah mak cik-mak cik yang lain baca tak betul pun!!! tapi ustaz bagi juga diorang ubah... saya semuanya tak boleh!!!
saya merungut kak kakak saya.. (jealous gan mak cik -mak cik kat situ)
Dalam hati saya pula cakap ustaz pilih kasih ( merajuk gan ustaz!!!!)...huhuhuhu

Pas tu, apa lagi mulalah tazkirah kakak saya yang panjangnya berjela-jela..hinggakan nak cair juga tahi telinga saya mendengar...huhuhu..

Tapi pointnya ialah kakak cakap saya muda lagi sebab tu ustaz nak push saya baca bagi betul juga, supaya nanti bacaan saya pada masa akan datang akan lebih baik daripada mak cik -mak cik tu...(mana tau nanti ley jadi tok guru mengaji ganti ustaz) huhuhu...
Lagi satu kakak ada cakap juga, kalau ustaz tak ubah bacaan mak cik-mak cik  tu macam ustaz lakukan kat saya, nanti diorang mesti tak datang mengaji dah...
Tiba-tiba semangat nak mengaji datang balik (macam budak-budak)...hihihi 

Moral of the story : Ustaz sayang semua para pelajar dia..huhuhu


PINDAH KELAS

Hampir tiga tahun kami mengaji di rumah Ustaz, akhirnya keluarga kami mencadangkan kelas baru dibuat di rumah kami tapi kelas tersebut dibuat hanya untuk kami sekeluarga sahaja...
Alhamdulillah ustaz bersetuju, bayaran  RAHSIA...
Tapi ada juga mak cik-mak cik berdekatan dengan rumah saya yang datang..
Ilmu agama ni kita perlu berkongsi dengan orang ramai supaya ilmu itu lebih berkat...In Syaa Allah.

Ia berterusan hingga sekarang, tapi kami tidak hanya belajar ilmu tajwid sahaja, ada satu hari dalam sebulan kami akan dengan bacaan kitab JAM'UL FAWAID yang diterangkan oleh ustaz juga..


SEDIKIT KEGUSARAN

Yang paling merisaukan saya ialah waktu saya, ialah saya merupakan pelajar ustaz yang paling banyak ponteng kelas..
Lepas SPM saya melanjutkan pelajaran ke POLITEKNIK.. selepas itu saya masuk UNIVERSITI pula..bila cuti jer saya berkesempatan menghadiri kelas ini...
Dan kali ini pekerjaan pula menjadi penghalangnya..rezeki saya bukan di sini agaknya..banyak temuduga yang saya hadiri memberikan jawapan negatif..
so, sekarang nie..saya tengah apply keje belah KL pula.. tak kan nak tanam anggur jer... bising mak nanti..

Apa pun saya harap selepas ini, walau di mana jua saya berada... saya akan dikelilingi oleh orang2 yang cintakan ilmu Allah seterus DIA mendekatkan saya dengan majlis-majlis agama agar saya terus berada di jalan yang diredhaiNYA...

Wahai rakan2 janganlah malu untuk menuntut ilmu Allah.. jangan jadikan usia anda sebagai penghalang kepada anda untuk mencari ilmuNYA.
Ingat rakan2... mak cik-mak cik kat kg saya pun berlumba-lumba untuk belajar kalam Allah S.W.T..
Anda yang muda, takkan tak tercabar dengan semangat mak cik-mak cik ini..
(ayat phsyco)....huhuhu.



INGAT : Bila kita baca 1 huruf di dalam Al-Quran...Allah S.W.T  bagi 10 pahala kepada kita..(banyak tu..)

KEMPEN : JOM PAKAT RAMAI-RAMAI BACA AL-QURAN !!!!!

Setiap manusia dilahirkan tidak akan terus menjadi pandai, sebaliknya dia perlu berusaha mencari ilmu untuk menjadikannya orang bijak pandai..

Hidayah pula tidak akan datang kalau tidak dicari..jadi, sentiasa pohon taufik dan hidayahNYA agar kita sentiasa berada di bawah rahmatNYA...

Persekitaran akan menentukan siapa diri kita..sentiasalah berdampingan dengan orang2 sukakan agama Allah, nescaya kita juga akan mendapat tempiasnya dan menjadi salah seorang yang cintakan agama Allah...


Apabila kita mencintai dunia, dunialah yang kita dapat tetapi apabila kita mencintai akhirat..In Syaa Allah, akhirat kita dapat dan dunia akan mengiringanya....




P/S : Selagi jasad masih bernyawa, janganlah dunia sahaja yang dikejari kita tetapi rebutlah peluang untuk melipat gandakan amal akhirat kita agar
 penyesalan tidak menghantui kita nanti di saat hari perhitungannya tiba.

UNTUK MENCARI PAHALA DI DUNIA TERLALU MUDAH, TETAPI UNTUK MENCARI SATU PAHALA DI AKHIRAT KELAK TERLALU SUKAR KERANA DI SANA NANTI BELUM TENTU ADA MANUSIA YANG AKAN MEMBERIKAN KITA WALAU SATU PAHALA SEKALIPUN... INI KERANA MASING-MASING BEGITU BIMBANG ADAKAH PAHALA MEREKA ITU CUKUP UNTUK MEREKA MENGHUNI SYURGANYA ATAU SEBALIKNYA....

WASSALAM...










No comments: