Thursday, February 21, 2013

PURDAH @ NIQAB



Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah…Ahad lepas saya telah berkesempatan untuk menghantar anak-anak buah saya kembali ke sekolah mereka yang terletak di Derang, Kepala Batas, Kedah Darul Aman. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Pulau Pinang (kalau drive dalam kelajuan 90 km/j). Tetapi pagi tu, saya terpaksa rushing coz anak-anak buah saya nak masuk kelas pada pukul 8.40 pg. So, apa lagi drive kereta laju tak ingat…huhuhu. Alhamdulillah, waktu pagi kereta tak banyak la sangat, jadi boleh la drive dengan kelajuan melebihi 110 km/j (kakak saya tak jadi nak tidur coz takut dengan gaya pemanduan saya, biasalah setakat kelajuan 120-140 km/j apalah sangat…hehehe) Jangan tiru aksi ini yer!!! Syukur Alhamdulillah..kami sampai kat sekolah pada pukul 8 pg, sempatlah mereka untuk ke sekolah.

Sampai jer kat sekolah, anak-anak buah saya sibuk menyiapkan diri untuk ke sekolah. Bila dah masuk peringkat sekolah menengah mereka diwajibkan untuk memakai purdah/niqab. Anak-anak buah saya juga turut tidak terkecuali untuk mengenakan purdah/niqab bila hendak ke sekolah. SUBHANALLAH..cantik sungguh bila mereka mengenakan purdah/niqab (itu yang terluah di ruang hati saya).

Bercakap tentang purdah/niqab…saya dulu tidak faham kenapa mereka mengenakan purdah/niqab..namun hari ini saya tahu kenapa mereka mengenaka purdah/niqab. Anak buah saya ada menerangkan pemakaian purdah/niqab hanyalah dikenakan kepada mereka yang diberi oleh Allah S.W.T dengan rupa paras yang menawan dan cantik. Rupa paras yang cantik bermaksud semua orang yang melihatnya akan mengatakan… SUBHANALLAH, cantiknya dia!!!”… “Lawanya dia” dalam erti kata yang lain semua orang yang melihatnya akan memuji kecantikkannya. Jadi wajiblah pada dirinya untuk mengenakan purdah/niqab bagi mengelak berlakunya fitnah. Selain itu, purdah/niqab juga wajib dikenakan pada mereka yang mempunyai rupa paras yang kurang cantik dan tidak menawan sejak  lahiriah atau kecacatan yang berlaku oleh disebabkan kemalangan. Tujuan pemakaian purdah/niqab adalah untuk mengurangkan dosa orang yang melihatnya lalu mengutuk rupa parasnya itu. Purdah/niqab juga dapat melindungi mereka dari menjadi bahan kutukan/kejian orang di sekelilingnya, sekaligus menyelamatkan kedua-dua belah pihak daripada fitnah dunia (umpatan, keji serta dosa).

Namun begitu, pemakaian purdah/niqab boleh juga dipakai oleh wanita yang bukan dikategorikan  seperti di atas. Tak salah untuk memakai purdah/niqab selagi mana mereka tidak merasa terbeban untuk melakukan perbuatan tersebut. Kalau mereka rasa dengan memakai purdah/niqab boleh membuatkan aurat mereka terjaga dengan sempurna, maka jangan dihalang perbuatan mereka itu. Di sini terpulanglah kepada seseorang wanita itu, jika mereka merasa aurat mereka sudah memenuhi syariat walau tanpa berpurdah/berniqab, maka teruskanlah gaya penampilan tersebut tanpa perlu meraguinya. Tetapi jika wanita itu merasa bila memakai purdah/niqab dapat menjaga auratnya dengan lebih sempurna, maka pakailah purdah/niqab.. tiada masalah!!!. Masing-masing diberi pilihan untuk memilih cara pemakaian yang terbaik dalam menjaga aurat mereka seperti yang telah ditetapkan oleh syariat. So, pilihlah yang terbaik… In Syaa Allah hidup kita akan diberkati oleh Allah S.W.T.

Saya pernah diajukan soalan mengenai purdah/niqab oleh anak saudara saya…Mak Su tak teringin ker nak berpurdah/berniqab?

Dengan berseloroh saya menjawab “Mak Su perangai pun tak sebaik mana, tambah pula ilmu agama pun masih lagi tercari-cari.. mana layak untuk berpurdah/berniqab (kategori wanita biasa-biasa sahaja)… hehehe. Apa pun, tolonglah doakan Mak Su supaya diberikan hidayahNYA untuk berpurdah/berniqab.. Mana tau doa kakak dengan adik… Allah makbulkan!!!! In Syaa Allah ”.

Tapi jauh di lubuk hati ini, ada tertanam satu azam yang orang lain tak pernah tahu iaitu In Sya Allah, satu hari nanti saya akan berpurdah/berniqab. Saya akan berpurdah/berniqab bila diri ini yakin dengan penampilan diri ini dari segi luaran dan dalaman. Biarlah dalaman dan luaran saya cantik untuk membawa penampilan yang lebih baik iaitu berpurdah/berniqab. Saya tidak mahu orang melabelkan orang yang berpurdah/berniqab ini hanya setakat berpurdah/berniqab tetapi perangai MasyaAllah tak semengah dengan gaya pemakaiannya. Saya akan berpurdah/berniqab biarlah ikhlas keranaNYA bukan orang lain yang menyuruh saya untuk berpurdah/berniqab ataupun untuk kelihatan cantik pada pandangan mata orang ramai. Hati yang ikhlas melakukan kerana Allah S.W.T, itulah adalah sebaik-baiknya perbuatan.

Sebenarnya saya kagum dengan orang yang berpurdah/berniqab ini kerana mereka menyembunyikan kecantikan mereka ada daripada menjadi tontonan mereka yang tidak halal bagi mereka. Di situ telah menunjukkan mereka hidup dengan penuh kenyakinan bukan disebabkan kecantikan mereka tetapi kenyakinan yang wujud terhadap PenciptaNYA. Jadi salahlah Falsafah Barat yang menyatakan KENYAKINAN SESEORANG ITU LAHIR DARI KECANTIKAN FIZIKAL YANG DIMILIKKI OLEH SESEORANG ITU. Ternyata wanita Islam lebih mempunyai jati diri dan kenyakinan diri yang tinggi kerana ianya wujud bila kenyakinan mereka sandarkan  Allah S.W.T. di dalam setiap amalan dan tingkah laku mereka.



PESANAN 

Bagi wanita di luar sana, jagalah aurat anda seperti mana yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T dalam Surah An-Nuur ayat 30- 31 dan ayat Surah Al-Ahzab ayat 59. Wanita perlu menjaga auratnya bila berhadapan dengan mereka yang bukan mahram kita, yakni lelaki ajnabi dan wanita yang bukan Islam (aurat bila berhadapan dengan wanita bukan Islam ialah hanya memakai pakaian seperti mana kita berpakaian seperti di rumah dalam melakukan kerja harian seperti memasak, mencuci rumah dan lain-lain lagi, for example:-T-shirt dan kain batik). 

Seperti yang dibahaskan oleh para ulama, aurat bagi wanita Islam yang telah baligh ialah seluruh anggota badan kecuali tapak tangan (depan dan belakang) serta wajahnya sahaja. Tetapi ingat kita tidak boleh pakai pakaian yang ketat, tudung yang singkat (tak menutupi bahagian dada) serta berpakaian yang jarang. Kita tidak disuruh membalut aurat tetapi sebaliknya aurat itu perlu dilindungi dengan memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan (longgar & besar), tidak jarang dan melabuhkan tudung di bahagian dada serta memakai stokin (kaki & tangan). Kalau tak faham sila berjumpa dengan Ustaz dan Ustazah yang berhampiran dengan anda (yang benar2 bertauliah iaitu diyakini tahap ilmu agamanya dan juga bersandarkan Al-Quran & As-Sunnah) untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut. Bukannya apa, sekarang ini negara kita sudah dilanda dengan pelbagai fahaman ilmu agama yang sesat (seperti Syiah, Wahabi dan pelbagai lagi) takut2 kita tersalah menuntut ilmu dengan Ustaz dan Ustazah yang tidak benar ilmu agamanya. Mohonlah kepada Allah S.W.T supaya jauhkan kita dari fahaman yang tidak betul ini.

Saya hanya menulis setakat mana ilmu yang saya tahu (saya masih dalam proses mendalami ilmu agama daripada ustaz dan ustazah). Selebihnya anda boleh rujuk dengan orang yang lebih pakar tentang bab agama dan mengamalkan ilmu agamanya itu.

Saya cuma nak dapat pahala seperti yang Rasulullah pernah berkata  “ Sampaikan ilmu walaupun dengan sepotong ayat”. In Syaa Allah.

NOTA  KAKI

Ilmu agama kita tidak boleh dapat dengan hanya membaca buku, melihat tulisan di blog2, facebook mahupun twitter, tetapi kita perlu (bertalaqi) berguru (dengan para Ulama’/ Tok Guru dan para Ustaz/ Usatazah) dan mengamalkan ilmu tersebut. In Syaa Allah… Ilmu itu akan lebih berkat dan kita tidak akan sesat di dalam mencari kebenaran.

Hati berasa gembira dan tenang bila belajar (mendalami) ilmu agama… ITU YANG SAYA RASAKAN SEKARANG INI.

Waallahu’alam.

Sekian, Wassalam…

Thursday, January 31, 2013

HIJRAH KE ARAH LEBIH BAIK….



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar sekarang nie kita sudah pun melangkah ke tahun 2013. Banyak perkara yang kita lalui sepanjang tahun 2012,  ada suka, ada duka, ada gembira dan ada juga sedih.  Namun semua itu sudah menjadi lumrah hidup dan asam garam sesebuah kehidupan bagi insan yang bergelar manusia. Sebagai seorang hamba kepada-NYA, kita dituntut untuk menerima segala Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh-NYA buat kita dengan hati yang ikhlas dan yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri…In Syaa Allah.

Bagi saya..tahun 2012 adalah tahun yang membuatkan saya banyak berfikir tentang kehidupan. Saya sendiri masih tercari-cari tentang Islam…banyak yang saya perlu belajar tentang Islam. Bagi saya, walaupun saya dilahirkan dalam keluarga yang sudah Islam sejak dulu lagi, itu bukan bermakna saya hanya perlu menerima sahaja apa yang diamalkan oleh mereka tanpa perlu belajar lebih lanjut tentang agama saya.

Minta maaf itu bukan saya, saya suka menyoal kenapa itu berlaku, ini terjadi dan kesan daripada tindakan saya itu kepada agama Islam…Saya sebenarnya dalam proses tranfromasi diri daripada seorang yang kurang tentang pengetahuan agama Islam kepada seseorang lebih mantap ilmu agamanya. Bak kata orang proses muhasabah diri ke arah yang lebih baik. Itu bukan bermakna dulunya saya seorang yang sosial dan liar…Cuma ilmu saya tentang Islam adalah sangat dhaif/lemah. Namun saya bersyukur kerana Allah S.W.T masih lagi menyayangi kami sekeluarga. Melalui kasih sayangNYA itu kami sekeluarga menemui taufik dan HidayahNYA untuk terus berada di jalan yang diredhai olehNYA ini.

Penampilan Mengikut Syariat

Tahun ini …dengan tekad di hati dan yakin dengan janjiNYA, saya telah mengubah cara pemakaian saya. Saya sudah selesa untuk mengenakan jubah dan tudung labuh yang sebelum ini tak pernah pun  terlintas di fikiran untuk berpakaian sedemekian rupa. Jika pun saya tak mengenakan jubah tapi saya akan pastikan pakaian saya menutup aurat seperti yang telah ditetapkan oleh syarak. Saya akui saya lebih gemar untuk menonton siaran yang bercorak keagamaan berbanding cerita yang melalaikan. Sekarang ini paling lama saya menonton TV hanyalah 1 -2 jam sehari. Itu pun bila saya pulang dari kerja, saya akan makan petang sambil menemani emak tercinta menonton sinetron (tak tengok cerita pun, makan jer lebih).  Minat untuk menonton TV sudah hilang bersama-sama dengan perubahan yang dilakukan oleh saya, In Syaa Allah.

Aktiviti Harian berubah 360o

Aktiviti  hidup saya berubah 360o. Kalau dulu saya lebih suka duduk di rumah menghadap laptop berjam-jam lamanya selepas solat Isyak. Sekarang ini aktiviti hidup saya ialah, siang bekerja dan sebelah malam pergi kuliah agama/majlis ilmu di surau dan masjid.  Hari sabtu dan ahad pula sibuk dengan business kecil-kecilan, dan sebelah malam pula seperti biasa pergi kuliah agama/majlis ilmu. Alhamdulillah, itulah yang saya lakukan sekarang ini. Apa yang saya perolehi ialah ketenangan hidup yang dulu sukar untuk dimengertikan oleh saya. Jangan anggap orang bujang nie x busy yer?  Saya rasa busy saya mengalahkan orang yang dah kahwin (Ooops…jangan marah dengan statement ini yer!!!)…nak bertegur sapa dengan rakan2 di FB pun dah tak dak masa dah.. Nak jalan2 pun tak dak masa.. Saya busy menambahkan ilmu agama dan memperbaiki cara hidup saya serta sibuk  mengkaji dan mengaplikasi kaedah2 yang terbaik dalam membina diri menjadi mukmin yang bertaqwa.

Perbezaan akhlak saya dahulu dan sekarang

Akhlak…. Bila bercakap tentang akhlak. Saya rasa, sayalah manusia yang  mempunyai akhlak yang sangat teruk sebelum ini.

Monolog hati seorang insan yang kerdil di sisiNYA

Akhlak aku dengan Allah S.W.T, walaupun melakukan perkara wajib (solat) tetapi lakukan  di akhir waktu. Perkara sunat-sunat jarang dilakukan.. MasyaAllah!!!  Inilah AKU. Akhlak dengan Rasulullah s.a.w pula, mulut ini jarang melafazkan selawat ke atas Baginda bahkan diri ini kurang juga melakukan amalan-amalan sunnah Baginda. Allahu Akbar!!!! Layakkah aku mendapat syafaat Rasulullah s.a.w dengan akhlak aku begini di akhirat nanti.  Akhlak dengan emak dan arwah ayah…. saya sering meninggikan suara bila bercakap dengan mereka bila saya tidak puas hati terhadap seseuatu perkara. Perkataan Aahh!!!! Entah beratus kali aku ucapkan kepada mereka bila mereka menegur aku… Mampukah aku menjadi anak solehah buat mereka….Akhlak dengan keluarga…. Bergaduh dengan abang dan kakak menjadi rutin hidup, tinggikan suara apatah lagi… Kadang-kadang terasa diri ini tidak layak untuk menjadi adik buat mereka…Akhlak dengan guru.  Mungkin disebabkan suka mengutuk guru di belakang mereka menyebabkan ilmu yang dipelajari oleh aku tidak barakah.  Astaghfirullahal’azim, begitu banyaknya dosa yang telah hamba-MU ini telahlakukan… Semoga Allah S.W.T dapat mengampunkan segala dosa-dosa hambaNYA yang hina ini. Aaaamiiin… Ya Rabbal’alamin.

Sedikit Pengisian Ilmu

Berikut adalah senarai orang yang patut kita hormati dan menjaga akhlak dengan mereka setaraf kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Taraf mereka semua adalah sama :-

1.      Ibu Bapa Sendiri
2.      Ibu Bapa Mertua
3.      Ibu Bapa Angkat
4.      Ibu Bapa Susuan
5.      Guru  (Guru yang mengajar kita ilmu)

Alhamdulillah, Allah S.W.T masih sayangkan saya… melalui majlis2 ilmu yang saya hadiri, saya banyak belajar bagaimana cara untuk saya baiki akhlak saya. Sekarang ini saya sudah mampu menambahbaik segala amalan saya. Perkara-perkara sunat yang dulu liat untuk saya lakukan, Alhamdulillah… kini saya sudah mampu lakukan dengan baik walaupun kadang-kadang  terpaksa memaksa diri untuk melakukannya. Bagi saya paksa adalah satu kaedah yang amat berkesan dalam mendidik diri kita untuk menjadi lebih baik.
Dengan umur yang semakin meningkat dewasa, saya akui perubahan akhlak mesti dilakukan agar perubahan penampilan seiring dengan perubahan sikap dan hati. Sesungguhnya pengalaman banyak mengajar saya untuk menjadi manusia yang lebih baik dari segi akhlak dan penampilan. In Syaa Allah.. Semoga Allah S.W.T memudahkan laluan saya untuk terus berubah dan istiqamah dalam setiap perubahan saya.

Gigih Menuntut Ilmu

Penyesalan yang teramat sangat bila diri ini kurang mengenali agama yang dianuti. Terasa sangat dhaif/lemah sekali bila berbicara tentang Islam. Biarpun usia semakin meningkat tua, itu tidak menjadi penghalang buat saya untuk menuntut ilmu tentang Islam. Bagi saya biar sesukar mana jalan yang perlu saya tempuhi untuk mendapatkan ilmu ini..In Syaa Allah, saya tetap akan berusaha untuk mendapatkannya. Mungkin orang lain tidak faham kenapa saya perlu melakukan semua ini… Bagi saya, bila Allah telah mengetuk pintu hati saya melalui HidayahNYA.. mengapa perlu saya menolaknya kerana itulah tanda Allah S.W.T sayangkan saya dan DIA ingin saya kembali kepada fitrah sebagai seorang hambaNYA. Untuk membuktikan saya sayang dan kasih kepada Allah S.W.T… saya perlu belajar tentang agamaNYA (ISLAM) dan mempraktikan segala suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. Dengan itu, barulah hidup akan sentiasa dirahmati olehNYA.

Ilmu2 yang didapati daripada facebook, twitter dan blog2 hanyalah sekadar perkongsian ilmu. Ianya adalah sekadar penambahan maklumat (ilmu) kepada kita. Tetapi ilmu2 agama (berkaitan dengan hukum hakam) kita perlu bertanya bukan hanya semata-mata mencari sendiri melalui pembacaan buku dan bertanya kepada bapak GOOGLE. Dalam erti kata yang lain kita perlukan seorang guru untuk memberi tunjuk ajar kepada kita agar kita tidak sesat dengan ilmu yang kita pelajari. Syaitan paling suka orang yang belajar ilmu agama melalui buku tanpa berguru (bertanya kepada orang yang lebih ‘arif  tentangnya) seolah-olah mereka berguru dengannya (syaitan).

Di sini saya sekali lagi menyeru kepada sahabat-sahabat di luar sana untuk terus menuntut ilmu agama kerana setiap cabang dalam kehidupan kita sentiasa berkait rapat dengan Islam (Al-Quran dan As-Sunnah). Nak atau tidak kita mesti belajar ilmu tentang Islam agar kita terus berada di dalam jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai olehNYA.



Pesanan

 Saya juga salah seorang yang dulunya belajar ilmu duniawi tetapi saya akui ilmu duniawi yang saya belajar belum cukup untuk mengajar saya menjadi hambaNYA yang bertaqwa. Kesimpulan yang saya dapat rumuskan ialah setinggi mana kita belajar tentang ilmu duniawi …Jangan sesekali lupakan ilmu agama (Islam) kerana Ilmu agama yang akan membentuk diri kita menjadi hambaNYA yang bertaqwa.

 Yes!!! We must learn about Islam because it is a way of our life. Read Al-Quran and try to follow As-Sunnah…In Syaa Allah, we will be closed to Allah S.W.T and His bless always with us in everything what we do.