Thursday, February 21, 2013

PURDAH @ NIQAB



Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah…Ahad lepas saya telah berkesempatan untuk menghantar anak-anak buah saya kembali ke sekolah mereka yang terletak di Derang, Kepala Batas, Kedah Darul Aman. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Pulau Pinang (kalau drive dalam kelajuan 90 km/j). Tetapi pagi tu, saya terpaksa rushing coz anak-anak buah saya nak masuk kelas pada pukul 8.40 pg. So, apa lagi drive kereta laju tak ingat…huhuhu. Alhamdulillah, waktu pagi kereta tak banyak la sangat, jadi boleh la drive dengan kelajuan melebihi 110 km/j (kakak saya tak jadi nak tidur coz takut dengan gaya pemanduan saya, biasalah setakat kelajuan 120-140 km/j apalah sangat…hehehe) Jangan tiru aksi ini yer!!! Syukur Alhamdulillah..kami sampai kat sekolah pada pukul 8 pg, sempatlah mereka untuk ke sekolah.

Sampai jer kat sekolah, anak-anak buah saya sibuk menyiapkan diri untuk ke sekolah. Bila dah masuk peringkat sekolah menengah mereka diwajibkan untuk memakai purdah/niqab. Anak-anak buah saya juga turut tidak terkecuali untuk mengenakan purdah/niqab bila hendak ke sekolah. SUBHANALLAH..cantik sungguh bila mereka mengenakan purdah/niqab (itu yang terluah di ruang hati saya).

Bercakap tentang purdah/niqab…saya dulu tidak faham kenapa mereka mengenakan purdah/niqab..namun hari ini saya tahu kenapa mereka mengenaka purdah/niqab. Anak buah saya ada menerangkan pemakaian purdah/niqab hanyalah dikenakan kepada mereka yang diberi oleh Allah S.W.T dengan rupa paras yang menawan dan cantik. Rupa paras yang cantik bermaksud semua orang yang melihatnya akan mengatakan… SUBHANALLAH, cantiknya dia!!!”… “Lawanya dia” dalam erti kata yang lain semua orang yang melihatnya akan memuji kecantikkannya. Jadi wajiblah pada dirinya untuk mengenakan purdah/niqab bagi mengelak berlakunya fitnah. Selain itu, purdah/niqab juga wajib dikenakan pada mereka yang mempunyai rupa paras yang kurang cantik dan tidak menawan sejak  lahiriah atau kecacatan yang berlaku oleh disebabkan kemalangan. Tujuan pemakaian purdah/niqab adalah untuk mengurangkan dosa orang yang melihatnya lalu mengutuk rupa parasnya itu. Purdah/niqab juga dapat melindungi mereka dari menjadi bahan kutukan/kejian orang di sekelilingnya, sekaligus menyelamatkan kedua-dua belah pihak daripada fitnah dunia (umpatan, keji serta dosa).

Namun begitu, pemakaian purdah/niqab boleh juga dipakai oleh wanita yang bukan dikategorikan  seperti di atas. Tak salah untuk memakai purdah/niqab selagi mana mereka tidak merasa terbeban untuk melakukan perbuatan tersebut. Kalau mereka rasa dengan memakai purdah/niqab boleh membuatkan aurat mereka terjaga dengan sempurna, maka jangan dihalang perbuatan mereka itu. Di sini terpulanglah kepada seseorang wanita itu, jika mereka merasa aurat mereka sudah memenuhi syariat walau tanpa berpurdah/berniqab, maka teruskanlah gaya penampilan tersebut tanpa perlu meraguinya. Tetapi jika wanita itu merasa bila memakai purdah/niqab dapat menjaga auratnya dengan lebih sempurna, maka pakailah purdah/niqab.. tiada masalah!!!. Masing-masing diberi pilihan untuk memilih cara pemakaian yang terbaik dalam menjaga aurat mereka seperti yang telah ditetapkan oleh syariat. So, pilihlah yang terbaik… In Syaa Allah hidup kita akan diberkati oleh Allah S.W.T.

Saya pernah diajukan soalan mengenai purdah/niqab oleh anak saudara saya…Mak Su tak teringin ker nak berpurdah/berniqab?

Dengan berseloroh saya menjawab “Mak Su perangai pun tak sebaik mana, tambah pula ilmu agama pun masih lagi tercari-cari.. mana layak untuk berpurdah/berniqab (kategori wanita biasa-biasa sahaja)… hehehe. Apa pun, tolonglah doakan Mak Su supaya diberikan hidayahNYA untuk berpurdah/berniqab.. Mana tau doa kakak dengan adik… Allah makbulkan!!!! In Syaa Allah ”.

Tapi jauh di lubuk hati ini, ada tertanam satu azam yang orang lain tak pernah tahu iaitu In Sya Allah, satu hari nanti saya akan berpurdah/berniqab. Saya akan berpurdah/berniqab bila diri ini yakin dengan penampilan diri ini dari segi luaran dan dalaman. Biarlah dalaman dan luaran saya cantik untuk membawa penampilan yang lebih baik iaitu berpurdah/berniqab. Saya tidak mahu orang melabelkan orang yang berpurdah/berniqab ini hanya setakat berpurdah/berniqab tetapi perangai MasyaAllah tak semengah dengan gaya pemakaiannya. Saya akan berpurdah/berniqab biarlah ikhlas keranaNYA bukan orang lain yang menyuruh saya untuk berpurdah/berniqab ataupun untuk kelihatan cantik pada pandangan mata orang ramai. Hati yang ikhlas melakukan kerana Allah S.W.T, itulah adalah sebaik-baiknya perbuatan.

Sebenarnya saya kagum dengan orang yang berpurdah/berniqab ini kerana mereka menyembunyikan kecantikan mereka ada daripada menjadi tontonan mereka yang tidak halal bagi mereka. Di situ telah menunjukkan mereka hidup dengan penuh kenyakinan bukan disebabkan kecantikan mereka tetapi kenyakinan yang wujud terhadap PenciptaNYA. Jadi salahlah Falsafah Barat yang menyatakan KENYAKINAN SESEORANG ITU LAHIR DARI KECANTIKAN FIZIKAL YANG DIMILIKKI OLEH SESEORANG ITU. Ternyata wanita Islam lebih mempunyai jati diri dan kenyakinan diri yang tinggi kerana ianya wujud bila kenyakinan mereka sandarkan  Allah S.W.T. di dalam setiap amalan dan tingkah laku mereka.



PESANAN 

Bagi wanita di luar sana, jagalah aurat anda seperti mana yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T dalam Surah An-Nuur ayat 30- 31 dan ayat Surah Al-Ahzab ayat 59. Wanita perlu menjaga auratnya bila berhadapan dengan mereka yang bukan mahram kita, yakni lelaki ajnabi dan wanita yang bukan Islam (aurat bila berhadapan dengan wanita bukan Islam ialah hanya memakai pakaian seperti mana kita berpakaian seperti di rumah dalam melakukan kerja harian seperti memasak, mencuci rumah dan lain-lain lagi, for example:-T-shirt dan kain batik). 

Seperti yang dibahaskan oleh para ulama, aurat bagi wanita Islam yang telah baligh ialah seluruh anggota badan kecuali tapak tangan (depan dan belakang) serta wajahnya sahaja. Tetapi ingat kita tidak boleh pakai pakaian yang ketat, tudung yang singkat (tak menutupi bahagian dada) serta berpakaian yang jarang. Kita tidak disuruh membalut aurat tetapi sebaliknya aurat itu perlu dilindungi dengan memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan (longgar & besar), tidak jarang dan melabuhkan tudung di bahagian dada serta memakai stokin (kaki & tangan). Kalau tak faham sila berjumpa dengan Ustaz dan Ustazah yang berhampiran dengan anda (yang benar2 bertauliah iaitu diyakini tahap ilmu agamanya dan juga bersandarkan Al-Quran & As-Sunnah) untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut. Bukannya apa, sekarang ini negara kita sudah dilanda dengan pelbagai fahaman ilmu agama yang sesat (seperti Syiah, Wahabi dan pelbagai lagi) takut2 kita tersalah menuntut ilmu dengan Ustaz dan Ustazah yang tidak benar ilmu agamanya. Mohonlah kepada Allah S.W.T supaya jauhkan kita dari fahaman yang tidak betul ini.

Saya hanya menulis setakat mana ilmu yang saya tahu (saya masih dalam proses mendalami ilmu agama daripada ustaz dan ustazah). Selebihnya anda boleh rujuk dengan orang yang lebih pakar tentang bab agama dan mengamalkan ilmu agamanya itu.

Saya cuma nak dapat pahala seperti yang Rasulullah pernah berkata  “ Sampaikan ilmu walaupun dengan sepotong ayat”. In Syaa Allah.

NOTA  KAKI

Ilmu agama kita tidak boleh dapat dengan hanya membaca buku, melihat tulisan di blog2, facebook mahupun twitter, tetapi kita perlu (bertalaqi) berguru (dengan para Ulama’/ Tok Guru dan para Ustaz/ Usatazah) dan mengamalkan ilmu tersebut. In Syaa Allah… Ilmu itu akan lebih berkat dan kita tidak akan sesat di dalam mencari kebenaran.

Hati berasa gembira dan tenang bila belajar (mendalami) ilmu agama… ITU YANG SAYA RASAKAN SEKARANG INI.

Waallahu’alam.

Sekian, Wassalam…

No comments: