Wednesday, September 12, 2012

Kelebihan menghadiri majlis ilmu

Assalamul'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Bismillahirrahmanirrahim.....



Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi memberi peluang kepada saya untuk lebih mendekatiNYA..



Terkadang rasa diri ini begitu hina sekali.. apabila kita gembira kita lupa DIA tetapi bila kita berada di dalam kesulitan kita terus mencariNYA dan berharap DIA dapat membantu kita mengatasi setiap masalah yang kita hadapi...



Saya akui saya pun begitu.. iman yang berada dihati ini belum cukup kukuh untuk menepis segala godaan syaitan yang tidak pernah lelah untuk menghasutk kita untuk melakukan kesilapan..



Tetapi itu bukanlah alasan buat saya untuk terus lemah dan tak perlu berbuat apa untuk menambahbaik iman di hati ini..



Sejak balik duduk dengan mak nie.. saya diuji dengan pelbagai masalah yang terkadang saya rasa macam nak pecah otak untuk memikirkannya...



Tetapi hati saya kembali tenang, dan segala masalah yang saya hadapi dapat diatasi dengan cara yang terbaik..

Itulah penangan majlis ilmu yang sering saya hadiri sepanjang minggu ini...


Buat mereka yang rasa x tenteram atau dihujani dengan pelbagai masalah, cara yang terbaik untuk mengatasinya ialah..

Selalu melakukan solat 5 waktu, membaca Al-Quran, bersedekah dan menghadiri majlis ilmu...Insyaallah hati kita akan menjadi tenang..


Kebaikan ketika berada di majlis ilmu



Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.



Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :



"Dari mana kalian datang ?"



Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."



Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"



Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."



Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"



Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"



Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"



Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."



Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"



Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."



Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"



Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"



Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"



Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."



Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."



Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."



Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (hari. Bukhari Muslim)



Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari. Muslim)






P/S : Walau sesibuk mana pun kita mengejar kehidupan dunia, jangan sesekali kita melupakan akhirat kerana kenikmatan hidup di dunia hanyalah sementara tetapi akhiratlah yang kekal abadi...

Oleh itu, hadiri majlis ilmu...InsyaAllah dengan ilmu itu kelak yang akan menuju jalan yang diredhai olehNYA...Aaamiiii.


Sekian..Wassalam.


Sunday, July 22, 2012

IDOLAKU ....

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh....

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK....

Hari ini terasa nak kongsi cikit tentang idola saya ... Melalui mereka inilah saya banyak berfikir dan terus berfikir bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Mereka ini membuatkan saya tersedar yang kesibukan bukan penghalang kita untuk terus belajar menjadi orang yang baik dan berdakwah..Insyaallah.

Prof Madya Dr.Umi Kalthum Ngah merupakan lecturer pencetus semangat untuk saya berjinak2 di dalam dunia penulisan...Mungkin saya belum lagi terbit dengan karya saya...Insyaallah, satu hari nanti saya akan pastikan saya mampu menerbitkan karya saya dan sekaligus karya tersebut dapat mengajak orang ramai  di luar sana untuk melakukan kebaikan dan terus berdakwah memperjuangkan Agama ISLAM.

Tentang Lecturerku...

Seronok baca pengalaman lecturer saya dalam majalah JOM!! macam mana dia mendapat hidayah Allah S.W.T di bumi asing ketika dia mula menuntut di sana. Walaupun dia bukan lecturer kelas saya, tetapi pengalaman berpeluang bersembang dengannya secara lebih dekat ketika mengadakan satu aktiviti dulu membuatkan saya terpesona dengan akhlaknya. Satu yang saya kagum dengannya ialah dia x pernah sombong dengan pangkat yang dia ada bahkan dia sangat la low profile  dan tetap dengan gaya muslimahnya yang sopan dan manis walaupun dia telah berusia....

Kata2nya yang memberi semangat kepada saya dan rakan2 dulu masih lagi tergiang2 di telinga saya.. Dia pernah menggalakkan saya dan rakan2 untuk menceburi bidang penulisan kerana dia berpendapat bahawa melalui penulisan kita akan dapat menarik lebih ramai orang untuk melakukan kebaikan bergantung kepada gaya penulisan kita. Tetapi ketika itu saya beranggapan budak engineering mana sesuai untuk menjadi penulis..huhuhu...

Dalam kesibukannya mengajar masih lagi sempat dia menulis beberapa buah buku yang dapat memotivasikan ramai pelajar di luar sana..Di situ telah menampakkan dia seorang yang sanggup berjuang demi dakwahnya...Semoga penulisannya mampu menarik lebih ramai lagi orang di luar sana untuk berubah ke arah kebaikan.


X sabar rasanya nak menunggu kisah selanjutnya tentang perubahannya di keluaran JOM akan datang...





*INSYAALLAH, saya akan jadikan beliau sebagai idola saya di dalam bidang penulisan... Almaklumlah baru berjinak2 di dalam dunia penulisan, semoga penulisan saya kelak dapat menarik ramai orang di luar sana untuk melakukan kebaikan ...Amiin


Wardina Saffiyah & Fatimah Syahra...

Siapa yang tak kenal mereka... kedua2nya hebat di dalam kehidupan masing2. Tak salah kiranya saya menjadikan mereka sebagai idola saya dalam melayari kehidupan ini... Itu lebih baik daripada menjadikan penyanyi dan pelakon sebagai idola kita, x gitu..huhu.

Untuk menjadi muslimah yang terbaik, kita perlu ada idola kita sendiri... mungkin untuk menjadi 100% seperti mereka adalah sukar bagi saya.. tetapi Insyaallah yang mana baik daripada mereka, saya akan cuba jadikan contoh untuk saya...

Wardina Saffiyah adalah contoh wanita yang serba boleh kerana daripada kurang pengetahuan agama beliau mampu menjadikan dirinya lebih dekat dengan Allah melalui usahanya yang gigih dalam menuntut ilmu Allah...

Beliau juga seorang isteri, ibu, pelajar dan motivator yang mampu membahagikan masa sebaik mungkin dalam menjalani hidup ini... Semangat beliau yang kuat itu telah mendorong saya untuk mencontohi segala tindak tanduknya itu... Kagum dengan prinsip yang dipegangnya, walaupun di hina dan dikeji beliau masih mampu melontarkan pendapat bernasnya...

Yang membuatkan saya rasa Wardina Saffiyah ini sangat istimewa ialah cara beliau mendidik anak2nya...Penuh dgn kesabaran beliau melayani kerenah anak2nya. Insyaallah, suatu hari nanti saya juga bakal menjadi seorang ibu...Saya akan cuba menerapkan nilai2 yang baik seperti beliau lakukan kepada anak2nya...

Ya Allah Ya Tuhanku jadikan aku kuat sepertinya dalam menjalani hidup ini...



Fatimah Syahra.. Saya mula mengenalinya ketika saya baca novel pertamanya TAUTAN HATI..Subhanallah, begitu indah setiap inti pati novelnya..X sangka seorang wanita di luarnya lembut tapi mampu membuatkan setiap hati yang membacanya tersentuh dengan gaya penulisannya.

Melalui penulisannya, beliau mampu berdakwah kepada kita...Melalui buku ini kita dapat tahu bagaimana caranya memilih pasangan hidup dan yang paling penting ialah kita x perlu bercinta cintun bagai nak rak kerana jodoh pertemuan telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T..

Apa yang perlu kita lakukan ialah tanamkan rasa cinta kita yang menggunung terhadap Allah S.W.T, berubah menjadi lebih baik dan berdoa dipertemukan insan yang dapat membimbing kita hingga ke syurga.. Insyaallah Allah akan perkenankan apa yang kita hajati...Amiin..

Kisahnya hidup juga menjadi pemangkin kepada saya untuk menjadikan beliau salah seorang daripada idola saya...Rasa yakin yang kuat olehnya terhadap jodoh yang ditentukan oleh Allah telah menemukan beliau dengan pasangan hidup yang terbaik untuknya iaitu Dr Farhan Hadi..Tanpa perlu mengenali hati budi semasa bercinta mereka dipertemukan mengikut syariat yang telah ditetapkan...Alhamdulillah mereka bahagia melayari bahtera mereka hingga sekarang...

Alhamdulillah..syukur kepada kepada Ya Rabb kerana melindungi saya daripada dunia percintaan dua insan yang bukan halal di sisi syarak.....Kemunculan beliau membuatkan saya lebih yakin dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah S.W.T.. untuk mendapatkan jodoh yang terbaik kita perlu menjadi yang terbaik...Insyaallah



Pesananku..

Untuk berdakwah sebenarnya kita ada banyak caranya.. mungkin kita tidak boleh berdakwah secara USTAZ & USTAZAH tetapi kita mampu berdakwah mengikut medium yang sesuai dengan kita... Zaman skrg sudah canggih..utk berdakwah jer kita ada medium yang lebih luas iaitu FB, TWITTER, Blog dan pelbagai lagi...Tetapi pastikan apa yang kita tulis itu sahih dan benar...

Tak salah menjadi mereka ini idola kita asalkan kita tidak taksub dengan mereka sudah la... Yang mana baik  mereka lakukan kita cuba contohinya tetapi yang mana tidak baik tu kita jadikan sempadan hidup kita...

Insyaallah,.... hidup kita akan lebih bahagia apabila menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai pegangan hidup kita...


Sebenarnya wanita yang paling baik untuk dicontohi ialah SRI KANDI ISLAM seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Asma, Asiah, Siti Maryam, Rabiatul 'Adawiyah dan ramai lagi....

Untuk menjadi seperti mereka saya rasa tidak mampu kerana tahap keimanan mereka terhadap Allah S.W.T jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan saya yang masih lagi teraba2 mencari ilmu Allah ini... Namun begitu, kita perlu mencontohi mereka sedaya upaya yang kita mampu kerana meraka ini adalah insan2 yang telah Allah janjikan SYURGA bagi mereka...


Sebelum mengakhiri tulisan hari ini... saya mohon daripada kalian semua untuk mendoakan saya berjaya melepasi temuduga kerja yang bakal saya tempohi 7/8/2012 ni ..Doa2 orang yang puasa ni ..Insyaallah Allah S.W.T akan makbulkan..Amiin

Buat Family tersayang doakan kejayaan saya di dunia mahupun akhirat yer...

Sekian..Wassalam..




Monday, June 25, 2012

Syukur Alhamdulillah....

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur Alhamdulillah...Syukur di atas segala kurniaanMU. Terima kasih kerana masih lagi mengurniakan rezekiNYA yang tak terhingga kepada hambaNYA yang hina ini...

Panggilan telefon yang saya terima petang tadi mengesahkan saya bakal diterima untuk bekerja di tempat baru..Apa yang saya hajati, Alhamdulillah telah dimakbul olehNYA.

Walaupun kerja yang bakal saya pikul nanti bukan la di dalam bidang yang saya pelajari di universiti dahulu, itu bukanlah alasan untuk menolak pekerjaan tersebut. Selagi mana pekerjaan tersebut adalah halal di sisiNYA, saya anggap itu adalah rezeki yang dikurnia oleh Allah S.W.T kepada saya.

Bak kata family saya, selagi pekerjaan itu tak mendorong kita ke arah kemungkaran, bekerjalah dengan penuh keikhlasan dan timbalah ilmu sebanyak mungkin agar ianya dapat membantu kita menghadapi cabaran hidup kita pada masa akan datang.

Dalam Kegembiraan Terselit Sedikit Kesedihan

Yang sedeynya ialah terpaksa berjauhan gan mak tersayang lagi.. Baru jer 2 minggu kembali duduk gan mak kat kampung , tup tup dapat kerja baru pastu terpaksa duduk jauh gan mak.. 

Insyaallah, pas nie nak call mak tiap2 hari la. Dulu saya jarang call mak kalo duduk jauh pun (masa belajar dan kerja dulu).
Tetapi mulai saat nie, saya berjanji akan call mak selalu, biarpun x cakap panjang tetapi dengar suara mak pun jadilah..huhu (Mak saya jenis yang x suka berbual melalui telefon..hehehe)

Saya dah pernah rasa kehilangan org tersayang ( x sempat nak berbual gan arwah ayah sebelum dia menghembus nafas terakhir tetapi Alhamdulillah diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T untuk melihat arwah ayah sebelumnya dipanggil menghadap ILAHI untuk selama-lamanya.)

Untuk mengelak perkara seperti ini berlaku lagi..Insyaallah saya akan update segala aktiviti saya kepada mak saya setiap hari bila berjauhan nanti. Sebab mak saya adalah anugerah Allah S.W.T yang tiada ternilainya buat saya..

Pesanan : 

Walau di mana jua kita berada, Ingatlah Allah sentiasa bersama kita dan jangan sesekali melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaanNYA. Lagi satu, jangan persia2kan kepercayaan seorang mak dan family apabila kepercayaan itu telah diberikan kepada kita.
Jadilah manusia yang sentiasa disenangi oleh Allah S.W.T dan orang2 disekelilingnya.

Doakan saya dapat memikul tanggungjawab saya sebagai seorang hamba, anak, adik dan pekerja yang terbaik yer.. Saya mengharapkan doa kalian semua agar saya mampu menghadapi cabaran hidup ini..



Sekian... Wassalam

Saturday, April 28, 2012

Manisnya Bila Berusrah....


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sesungguhnya hidayah itu hanya milikNYA dan DIA berkehendak untuk memberi kepada sesiapa saja yang dikehendakiNYA.

Alhamdulillah syukur... kerana masih diberi kesempatan untuk merasa betapa bahagianya bila kita mendapat hidayahNYA..Memang x boleh digambarkan dengan kata-kata..
Tetapi saya merasa sangat indahnya dan manisnya bila kita menerima hidayahNYA.. Sesungguhnya saya berharap Allah S.W.T akan terus memberikan hidayahNYA kepada saya hingga ke akhir hayat saya...

ZAMAN KEJAHILAN 


Bila menyingkap kembali zaman kejahilan saya dulu... Masyaallah, terasa sangat jahilnya saya tentang agama Allah ini (ISLAM)..
Saya hanya akan mendekatiNYA apabila saya dalam keadaan lemah dan susah saja, tetapi bila saya gembira dan bahagia saya lupa untuk mengucapkan syukur dan jauh sekali denganNYA.


Saya selalu mempersoalkan apa yang telah Allah S.W.T berikan kepada saya...sehinggakan saya merasakan yang Allah tak sayangkan saya...


Dari segi pergaulan di dalam keluarga pula, saya seorang yang degil, panas baran dan suka bercakap kasar apabila segala yang saya inginkan tidak berjaya saya perolehi... Saya juga akan meninggikan suara saya apabila adik beradik dan ibu bapa saya menasihati saya...
Melihatkan perkara ini terasa sedih sangat... tetapi saya tak pernah menyesal kerana bagi saya pengalaman hidup saya yang lalulah yang menjadi sebab musabab untuk saya perolehi hidayahNYA kini. 


Apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah mohon keampunanNYA di atas segala dosa masa silam saya ..Sesungguhnya Allah S.W.T itu bersifat MAHA PENGAMPUN, dan janganlah sesekali kita berasa lelah untuk memohon kemaafan dariNYA kerana dia akan mengabulkan permintaan hambaNYA yang sering menambakan pengampunanNYA. Insyaallah.


MANISNYA BERUSRAH...


Saat menjadi pemangkin kepada saya ingin berubah ialah apabila saya menghadapi konflik diri dan juga keluarga yang membuatkan diri saya tercari-cari jawapan yang pasti bagi konflik yang saya hadapi...


Satu malam saya berseorang di rumah... untuk menenangkan diri saya, saya mendekatkan diri saya denganNYA.. dan berbicara secara hati ke hati denganNYA. Saya memohon daripadaNYA agar saya diberi peluang untuk mendekatiNYA dalam apa yang saya buat.






Alhamdulillah... ternyata DIA masih lagi sayang kepada saya, dia menempatkan saya di sebuah tempat yang saya berada sekarang.... dan saya juga bersyukur kerana kawan di sekeliling saya juga menambakan kasih sayangNYA juga.
Kami dipertemukan dengan kumpulan usrah yang saban hari mengingatkan kami dengan kebesaran dan kekuasaanNYA.
Tanpa mengenali mereka, kami di terima baik oleh mereka untuk mengikuti segala aktiviti usrah mereka. Sesunguhnya usrah yang saya ikuti sekarang ini banyak mengajar saya untuk lebih bersyukur, banyak memberi, tidak berprasangka buruk terhadap orang lain, banyak melihat dari sudut positif dan yang lebih mengembirakan saya ialah hubungan saya dan keluarga menjadi lebih baik dan penampilan saya juga mengikut syariat yang ditetapkan olehNYA. 


Apa yang boleh saya katakan sekarang ini ialah, saya sangat gembira dengan segala rahmat yang dikurniakan olehNYA kepada saya. Cuma satu yang saya pohon ialah biarlah di mana saya berada nanti, saya tidak akan tergelincir daripada landasan usrah yang saya ikuti sekarang ini. Amiiin...






Nota : Bila kita berusrah, apa yang saya lihat ialah pangkat dan darjat yang dipegang oleh seseorang itu hilang entah ke mana yang ada hanyalah sifat rendah diri dan saling hormati antara satu sama lain. Yang paling meruntun hati saya ialah mereka tidak mengharapkan balasan atas apa yang diberi, sangat pemurah dan mereka lakukan semua ini LILLAHI TA'ALA.




PENGHARAPAN YANG BETERUSAN


Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.... kata-kata ini menjadi pengangan hidup saya hingga kini. 


Selain itu, saya sangat terkesan dengan kata-kata seorang kakak ini yang sekarang menjadi idola saya... Beliau pernah berkata " Jangan sesekali berhenti berbicara dengan Allah S.W.T, bukan hanya berbicara denganNYA ketika solat sahaja... tetapi kita perlu berbicara denganNYA setiap saat selagi kita bernafas di muka bumi ini...Insyaallah hati kita akan menjadi tenang kerana DIA MAHA MENDENGAR setiap apa yang kita ingin luahkan.."
 Alhamdulillah... itu yang menjadi amalan saya sekarang ini... kerana saya tahu dengan mengadu dan merintih kepadaNYA sahajalah, Insyaallah semua masalah kita akan selesai dengan mudah...


PESANAN :


Sumber pengharapan yang paling terbaik hanyalah kepada ALLAH S.W.T... Selalulah memohon dan meminta kepadaNYA.. Insyaallah, DIA akan perkenankan segala doa kita....

Monday, March 19, 2012

TUDUH LABUH

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bismillahirrahmanirrahim...


Syukur Alhamdulillah.. Di atas segala nikmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada saya selama ini.
Terasa sangat kerdil diri ini jika nak dibandingkan dengan segala kasih dan sayang serta rahmat DIA kepada saya selama ini.


Apa yang saya mampu ucapkan ialah Syukur Alhamdulillah kerana DIA selalu menunjukkan saya jalan untuk mendekatiNYA dalam setiap apa yang saya lakukan.


Baru-baru ini,  terdetik di hati saya untuk bertudung labuh.. mungkin Allah S.W.T telah meniupkan hidayahNYA kepada saya untuk menutup aurat saya agar lebih sempurna.


Apa yang saya boleh katakan ialah tiba masanya untuk saya menutup aurat dengan lebih sempurna.. Tak dinafikan kebanyakan ahli keluarga saya sudah bertudung labuh, emak, kakak, anak2 saudara saya... semuanya sudah bertudung labuh. Dulu saya hanya bertudung yang bersaiz 60". Kalau nak diikutkan saya dah bertudung mengikut syariat yang telah ditetapkan... tapi hati saya masih lagi tak tenang.. Mungkin disebabkan ini lah, Allah menggerakkan hati saya utk bertudung labuh...


Cabaran Bertudung Labuh..


Alhamdulillah, keluarga saya menerima baik perubahan saya ini, kawan2 saya pun begitu.. Tapi lain pula masyarakat di sekeliling saya, mereka seolah-olah tidak boleh merima perubahan yang saya lakukan, mereka memandang serong terhadap saya seperti saya melakukan jenayah besar. Saya terima semua umpatan dan kejian mereka itu sebagai satu ujian Allah S.W.T kepada saya. Setiap manusia akan diuji keimanannya melalui berbagai cara, cuma kita tak boleh melatah dengan ujian tersebut sebaliknya kita menerimanya dengan hati terbuka kerana setiap ujian itu pasti ada hikmah di sebaliknya.


Apa yang saya boleh katakan ialah, mereka bersikap begitu adalah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang ilmu agama ISLAM di dalam diri mereka, disebabkan oleh ini... mereka lebih suka menghakimi sesuatu benda tanpa berfikir terlebih dahulu.. Apa pun saya sering mengingati diri ini, untuk berhadapan dengan manusia seperti ini senjata yang paling  baik ialah DOA.. saya mendoakan mereka agar mendapat HIDAYAHNYA untuk mendalami ilmu ALLAH ini. Dengan izinNYA, Insyaallah mereka2 ini akan mendapat HIDAYAHNYA kelak....


Kebimbangan Apabila Bertudung Labuh....


Sedikit sebanyak perasaan takut ada juga terselit di hati ini... Apabila kita bertudung labuh ini, kita hendaklah menjaga adab kita dan keperibadian kita agar tidak mencemarkan kesucian tudung labuh itu sendiri...
Saya selalu berdoa agar Allah S.W.T sentiasa menjaga saya agar tidak terbabas dari landasanNYA ini. Itu yang saya mampu lakukan... Selain itu, saya juga berharap keluarga saya terutama bonda yang tercinta sentiasa menitipkan doanya untuk saya menjadi anak yang solehah buatnya dan arwah ayah...buat kakak dan abang, doakan saya menjadi seorang adik dan hamba yang solehah yer...
Kepada rakan2 di luar sana... doakan yang terbaik buat saya agar saya mampu menjadi hambanya yang mampu menjadi tetamuNYA di syurga kelak...Amiiin


Yang paling penting sekali... saya dapat mengikhlaskan hati untuk melakukan perkara ini hanyalah kerana ALLAh S.W.T....


It's Me Now...










P/S: Apabila kita sayangkan ibu bapa kita... kita tidak akan sesekali melihat mereka untuk masuk ke neraka ALLAH S.W.T kan... Untuk memastikan mereka bahagia di dunia dan di akhirat, kita sebagai anak hendaklah menjadi hamba yang sentiasa melakukan suruhanNYA dan meninggalkan apa yang menjadi laranganNYA. Antara salah satu suruhanNYA ialah menutup aurat dengan sempurna....
akhir kata daripada saya ialah.... JOM KITA MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA (bertudung labuh)....


Salam sayang buat bonda tercinta (BARIAH BINTI HASHIM) yang kini berada di tanah suci, semoga dapat melakukan ibadah umrah dengan sempurna dan kembali ke tanah air dalam keadaan sihat sejahtera, Insyaallah. Untuk arwah ayah dan arwah abang (NON BIN MOHAMED & ZAMRI BIN NON) anakmu dan adikmu ini akan selalu menitipkan AL-FATIHAH buat kalian, agar kalian tenang bersemadi di sana..Amiiin.


Sekian ..... Wassalam

Saturday, March 10, 2012

TEGUHKAN PENDIRIANKU

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam hidup ini, hanya saya tahu apa yang saya inginkan... sekali lagi saya mohon pengertian drpd insan2 tersayang disisi saya untuk menerima setiap pilihan yang saya buat. Insyaallah, apa yang saya lakukan sekarang nie benar2 membuatkan diri ini lebih dekat denganNYA. Susah nak ungkap dengan kata2 kerana Alhamdulillah hati saya semakin tenang dan banyak ilmu yang saya perolehi dengan jalan yang saya pilih ini.

Saya mohon tolong abaikan setiap tohmahan org2 di sekeliling kerana mereka suka melihat sesuatu dari sudut negatif lebih drpd melihatnya dari sudut positif, sebab itulah mereka akan mencari kesalahan org tanpa tahu kebenarannya.

Satu yang saya harapkan doa drpd mereka (insan2 tersayang) sentiasa mengiringi langkah ini agar saya lebih tabah menjalani setiap dugaanNYA. Saya rela bersusah payah semata2 untuk mencari keredhaanNYA supaya saya tak dipersoal di akhirat kelak. Cuma kalian perlu tahu, INSYAALLAH saya tidak akan melakukan sesuatu yang menjadi laranganNYA walau di mana jua saya berada.



Thanks to ALLAH S.W.T because give me a chance to be a good muslimah, INSYAALLAH. Happy with my life now.

Sunday, January 22, 2012

Dunia kecilku........

Assalamualaikum w.b.t

Syukur Alhamdulillah, kerana diberi lagi nikmat olehNYA untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Lama jugak saya tak menulis di blog nie...huhuhu. Apa pun hari nie saya nak kongsi pengalaman baru saya as a kindergarten teacher.



Mula - mula tu tension jugak gan budak2 nie... tapi pengalaman menjaga anak2 buah sebelum ini menjadikan saya lebih banyak bersabar gan kerenah mereka. Untuk mendidik mereka ini, kita perlukan kesabaran yang tinggi dan psikologi sikit untuk memastikan mereka mendengar dan mengikut arahan kita.

Ada kala kita perlu tegas dan ada kala kita perlu menjadi rakan mereka untuk mengetahui tahap pencapaian mereka.

Berada dalam dunia kanak2 ini menjadikan saya lebih mengerti hati seorang ibu serta lebih menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu. 

Kerja ini jugak mendekatkan diri saya dengan Allah S.W.T.. kerana saya selalu melihat kekuasaanNYA melalui persekitaran saya. Melihat kebesaranNYA melalui perkembangan budak2 di tadika ini.

Yang best skali... bila tengah marah, bley jd cool bila tengok senyuman baby n telatah budak2 kat sini.

Saya berharap Allah S.W.T dapat memberikan nikmat kesabaran yang tinggi serta hati yang ikhlas kepada saya dalam melakukan pekerjaan saya ini. 

P/S : Sesungguhnya senyuman seorang kanak2 mampu menjadikan hati yang sedang marah menjadi tenang setenangnya.. ini kerana kanak2 dikelilingi oleh malaikat yang sentiasa berdampingan dengan mereka.