Wednesday, May 25, 2011

JANGAN TANYA AKU SOALAN ITU?

Assalamualaikum w.b.t...

Dah bersawang rasanya blog ini tanpa sebarang n3... huhu. Bukan x mau post apa2... cuma x dak idea apa yang nak diluahkan..haha..
Sebenaqnya banyak benda yang berlaku pada diri ini... tapi cek tak tau camna nak diluahkan dalam bentuk penulisan nie..

So... ari nie, terbuka hati untuk luahkan apa yang terpendam dalam hati ini...

Tula bila habis blajaq nie... macam2 yang orang ty pasai kita... kadang2 tu tak tertempis soklan2 tu... dah rasa macam mengelak dari peluru machine gun la plak...huhu

Soklan pertama yang depa selalu tanya.. Nie kak long bila nak keje nie?  Blajaq dah habis dah...

Jawapan cek : Insyaallah... kalo ada rezeki awai.. awai la kak long keje...(senyum)
Dalam hati ...(ingat kak long x mo keje ker... dah x dapat lagi.. nak wat camna. takkan nak pi merayu2 kat org suroh ambik kak long keje jugak)... 

Soklan kedua nie... lagi haru biru nak jawab...

Nie dah habis blajaq... bila kami nak makan nasi minyak kak long plak? Org len baya2 kak long dah ada 2-3 org anak.. Kak long bila lagi nak kawen? Takkan masa study dulu  tak boyfriend kot...

Jawapan cek : Insyaallah... kalo ada jodoh ada la...ermmm (senyum)
Dalam hati....( Nak wat camner jodoh pertemuan ditentukan oleh Allah S.W.T... kalo DIA kata ada jodoh... ada la. Memang la depa dah ada 2-3 org anak.. coz depa kawen awai... xkan nak soh kak long ada anak jgk kot... kalo nak anak jgk.... blakanng umah kak long tu banyak anak kucing... bley kak long ambik jd anak angkat kak long..huhu. Satu lagi.. kak long pi blajaq kat universiti tu untuk menuntut ilmu bknnya nak cari suami..ish3 x fhm gan org zmn skang nie... asal pi u jer mesti kena bercouple, baru la ley kawen.. untuk pengetahuan mak cik2 kak long... BERCOUPLE SEBELUM KAWEN TU HARAM..ada faham? sebab tu la kak long x bercouple coz x mau wat dosa byk2... dosa yang ada pun x mampu nak ditanggung.)


Nak serius jap.... Kahwin nie bukan perkara main2.... mestilah siap sedia dari segi fizikal dan mental. Mestilah mendalami ilmu rumahtangga sebaik mungkin supaya rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat, Insyaallah sampai ke syurga. Bagi kak long biarlah kita  kahwin di usia yang matang (25 tahun ke atas) supaya kita betul2 mempersiapkan diri sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. Tak salah nak kawen awal tapi biarlah perkahwinan itu dapat dipertahankan hingga ke hujung nyawa. Zaman sekarang nie... penceraian berlaku terlampau banyak... ini terjadi disebabkan kurangnya pendidikan agama dan ilmu rumahtangga bagi pasangan yang berkahwin. So, pada anak muda yang ingin berkahwin awal.. mestilah bersedia betul2 sebelum menglangsungkan perkahwinan.


Bagi kak long biarlah kak long kawen lambat ckit, asalkan kak long jumpa mr right kak long... Insyaallah yang dapat membimbing kak long ke jalan yang diredhaiNYA dan bahagia di dunia dan akhirat. (JANGAN RISAU YER MAK...INSYAALLAH ANAK MAK NIE AKAN KAHWIN...TP DOAKAN ANAK MAK JUMPA JODOH YANG TERBAIK YER)

Kalo soklan nie... memang banyak yg bertanya... tp kak long wat muka bodoh jer...


Soklan ketiga : Kak long2... nak tak adik rekemenkan kak long kat lecturer adik... lgpun lecturer adik tu tua setahun je dr kak long... (mak plak suggest) x pun kak long kawan jer gan anak kawan mak tu...(abang py suggestion).... kawan gan kawan abg nak x?

Jawapan cek : Tiada reaksi n bercakap pasal topik len..huhu (semu org marah tyme tu)..hehehe

Dalam hati.... (badan dah tukaq kalor hijau dah tyme tu.... ingat kak long desperate sangat ke nak kawen, insyaallah gan risau kak long x jd andartu la...bkn kak long x mo cari pasangan tapi biaqlah bakal suami kak long nanti tu ada pendidikan agama yang baik dan membimbing kak long ke jalan yang diredhaiNYA serta dapat menjadi nakhoda bahtera perkahwinan kak long nanti...amin.  Kalo ditakdirkan x dak jodoh di dunia nie kak long redha jer kerana Allah S.W.T lebey tau mana yang terbaik untuk kak long... nanti kak long ambik anak angkat sebagai penyeri hidup kak long  yer... x yah la hangpa semua risau k... insyaallah kak long x menyusahkan sapa2  kalo kak long dah tua nanti...( cedey sangat tyme nie)....nak teriaq pun ada..)

...Tu la ragam org kat umah kak long... tak abis2 gan soklan2 cepu mas depa tu...
Dah nasib badan...kenalah dengaq semua benda tu...
Nie kak long nak berpesan.... Walau macam mana pun kita tak suka dengan soklan depa tu... kita sebagai org muda hendaklah maniskan muka dan try jawab dengan baik supaya hati depa tak terguris.. (yang mcm kak long wat tu..huhu)...
Sebenaqnya kak long pun x la berapa baik sangat..tapi sejak 2 menjak ni... umuq semakin meningkat nie..dah x larat nak bertengkaq dah...lagi satu kak long rasa dah sampai masanya kak long berfikiran matang n jadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapa kak long...

Sebelum kak long nak unduq diri nie... tolonglah doa kat kak long supaya murah rezeki kak long untuk dapat keje dan dapat jodoh yang terbaik untuk kak long yer...

Sekian... Wassalam..

No comments: