Monday, March 19, 2012

TUDUH LABUH

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bismillahirrahmanirrahim...


Syukur Alhamdulillah.. Di atas segala nikmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada saya selama ini.
Terasa sangat kerdil diri ini jika nak dibandingkan dengan segala kasih dan sayang serta rahmat DIA kepada saya selama ini.


Apa yang saya mampu ucapkan ialah Syukur Alhamdulillah kerana DIA selalu menunjukkan saya jalan untuk mendekatiNYA dalam setiap apa yang saya lakukan.


Baru-baru ini,  terdetik di hati saya untuk bertudung labuh.. mungkin Allah S.W.T telah meniupkan hidayahNYA kepada saya untuk menutup aurat saya agar lebih sempurna.


Apa yang saya boleh katakan ialah tiba masanya untuk saya menutup aurat dengan lebih sempurna.. Tak dinafikan kebanyakan ahli keluarga saya sudah bertudung labuh, emak, kakak, anak2 saudara saya... semuanya sudah bertudung labuh. Dulu saya hanya bertudung yang bersaiz 60". Kalau nak diikutkan saya dah bertudung mengikut syariat yang telah ditetapkan... tapi hati saya masih lagi tak tenang.. Mungkin disebabkan ini lah, Allah menggerakkan hati saya utk bertudung labuh...


Cabaran Bertudung Labuh..


Alhamdulillah, keluarga saya menerima baik perubahan saya ini, kawan2 saya pun begitu.. Tapi lain pula masyarakat di sekeliling saya, mereka seolah-olah tidak boleh merima perubahan yang saya lakukan, mereka memandang serong terhadap saya seperti saya melakukan jenayah besar. Saya terima semua umpatan dan kejian mereka itu sebagai satu ujian Allah S.W.T kepada saya. Setiap manusia akan diuji keimanannya melalui berbagai cara, cuma kita tak boleh melatah dengan ujian tersebut sebaliknya kita menerimanya dengan hati terbuka kerana setiap ujian itu pasti ada hikmah di sebaliknya.


Apa yang saya boleh katakan ialah, mereka bersikap begitu adalah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang ilmu agama ISLAM di dalam diri mereka, disebabkan oleh ini... mereka lebih suka menghakimi sesuatu benda tanpa berfikir terlebih dahulu.. Apa pun saya sering mengingati diri ini, untuk berhadapan dengan manusia seperti ini senjata yang paling  baik ialah DOA.. saya mendoakan mereka agar mendapat HIDAYAHNYA untuk mendalami ilmu ALLAH ini. Dengan izinNYA, Insyaallah mereka2 ini akan mendapat HIDAYAHNYA kelak....


Kebimbangan Apabila Bertudung Labuh....


Sedikit sebanyak perasaan takut ada juga terselit di hati ini... Apabila kita bertudung labuh ini, kita hendaklah menjaga adab kita dan keperibadian kita agar tidak mencemarkan kesucian tudung labuh itu sendiri...
Saya selalu berdoa agar Allah S.W.T sentiasa menjaga saya agar tidak terbabas dari landasanNYA ini. Itu yang saya mampu lakukan... Selain itu, saya juga berharap keluarga saya terutama bonda yang tercinta sentiasa menitipkan doanya untuk saya menjadi anak yang solehah buatnya dan arwah ayah...buat kakak dan abang, doakan saya menjadi seorang adik dan hamba yang solehah yer...
Kepada rakan2 di luar sana... doakan yang terbaik buat saya agar saya mampu menjadi hambanya yang mampu menjadi tetamuNYA di syurga kelak...Amiiin


Yang paling penting sekali... saya dapat mengikhlaskan hati untuk melakukan perkara ini hanyalah kerana ALLAh S.W.T....


It's Me Now...










P/S: Apabila kita sayangkan ibu bapa kita... kita tidak akan sesekali melihat mereka untuk masuk ke neraka ALLAH S.W.T kan... Untuk memastikan mereka bahagia di dunia dan di akhirat, kita sebagai anak hendaklah menjadi hamba yang sentiasa melakukan suruhanNYA dan meninggalkan apa yang menjadi laranganNYA. Antara salah satu suruhanNYA ialah menutup aurat dengan sempurna....
akhir kata daripada saya ialah.... JOM KITA MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA (bertudung labuh)....


Salam sayang buat bonda tercinta (BARIAH BINTI HASHIM) yang kini berada di tanah suci, semoga dapat melakukan ibadah umrah dengan sempurna dan kembali ke tanah air dalam keadaan sihat sejahtera, Insyaallah. Untuk arwah ayah dan arwah abang (NON BIN MOHAMED & ZAMRI BIN NON) anakmu dan adikmu ini akan selalu menitipkan AL-FATIHAH buat kalian, agar kalian tenang bersemadi di sana..Amiiin.


Sekian ..... Wassalam

Saturday, March 10, 2012

TEGUHKAN PENDIRIANKU

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam hidup ini, hanya saya tahu apa yang saya inginkan... sekali lagi saya mohon pengertian drpd insan2 tersayang disisi saya untuk menerima setiap pilihan yang saya buat. Insyaallah, apa yang saya lakukan sekarang nie benar2 membuatkan diri ini lebih dekat denganNYA. Susah nak ungkap dengan kata2 kerana Alhamdulillah hati saya semakin tenang dan banyak ilmu yang saya perolehi dengan jalan yang saya pilih ini.

Saya mohon tolong abaikan setiap tohmahan org2 di sekeliling kerana mereka suka melihat sesuatu dari sudut negatif lebih drpd melihatnya dari sudut positif, sebab itulah mereka akan mencari kesalahan org tanpa tahu kebenarannya.

Satu yang saya harapkan doa drpd mereka (insan2 tersayang) sentiasa mengiringi langkah ini agar saya lebih tabah menjalani setiap dugaanNYA. Saya rela bersusah payah semata2 untuk mencari keredhaanNYA supaya saya tak dipersoal di akhirat kelak. Cuma kalian perlu tahu, INSYAALLAH saya tidak akan melakukan sesuatu yang menjadi laranganNYA walau di mana jua saya berada.



Thanks to ALLAH S.W.T because give me a chance to be a good muslimah, INSYAALLAH. Happy with my life now.

Sunday, January 22, 2012

Dunia kecilku........

Assalamualaikum w.b.t

Syukur Alhamdulillah, kerana diberi lagi nikmat olehNYA untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Lama jugak saya tak menulis di blog nie...huhuhu. Apa pun hari nie saya nak kongsi pengalaman baru saya as a kindergarten teacher.



Mula - mula tu tension jugak gan budak2 nie... tapi pengalaman menjaga anak2 buah sebelum ini menjadikan saya lebih banyak bersabar gan kerenah mereka. Untuk mendidik mereka ini, kita perlukan kesabaran yang tinggi dan psikologi sikit untuk memastikan mereka mendengar dan mengikut arahan kita.

Ada kala kita perlu tegas dan ada kala kita perlu menjadi rakan mereka untuk mengetahui tahap pencapaian mereka.

Berada dalam dunia kanak2 ini menjadikan saya lebih mengerti hati seorang ibu serta lebih menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu. 

Kerja ini jugak mendekatkan diri saya dengan Allah S.W.T.. kerana saya selalu melihat kekuasaanNYA melalui persekitaran saya. Melihat kebesaranNYA melalui perkembangan budak2 di tadika ini.

Yang best skali... bila tengah marah, bley jd cool bila tengok senyuman baby n telatah budak2 kat sini.

Saya berharap Allah S.W.T dapat memberikan nikmat kesabaran yang tinggi serta hati yang ikhlas kepada saya dalam melakukan pekerjaan saya ini. 

P/S : Sesungguhnya senyuman seorang kanak2 mampu menjadikan hati yang sedang marah menjadi tenang setenangnya.. ini kerana kanak2 dikelilingi oleh malaikat yang sentiasa berdampingan dengan mereka.

Sunday, December 11, 2011

Hanya Allah S.W.T Yang Tahu.....

Assalamualaikum w.b.t...

Rahsia hati ini Hanya Allah S.W.T yang tahu.... InsyaAllah ianya akan terus menjadi rahsia hati sehinggalah sampai waktu ketikanya...rahsia ini akan terungkai mengikut norma yang telah ditetapkan.

Aku hanya mampu berdoa memastikan rahsia ini terus kekal di hati ini tanpa perlu seorang pun tahu tentangnya. Itulah yang terbaik...

Seandainya Allah S.W.T mengizinkan ianya berlaku. Alhamdulillah aku ucapkan, tapi seandainya ditakdirkan ianya berlaku tidak seperti yang diharapkan. InsyaAllah, aku yakin DIA telah menetapkan yang terbaik untuk aku.



Only me and God Almighty knows about this secret ... I'm sorry I can not tell everyone about this secret..huhuhu.


Sunday, November 13, 2011

Jangan Pernah Salahkan Takdir?

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Aku hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan dosa.... Kekadang pernah juga diri ini tertanya2 kenapa semua ni perlu aku lalui?....Kenapa aku diuji sehebat ini?..Kenapa ujianMu begitu hebat terhadap aku?
Mengikut rasa hati yang jahil ini... ingin saja aku menyalahkan takdir dan mengandaikan kalau aku  x lakukan semua ni.. dah tentu nasib aku x menjadi seperti  ini?
Alhamdulillah, Allah S.W.T masih sayangkan aku dan masih lagi bagi hidayahNYA kepada aku.... setiap persoalan di atas mampu dicantas dengan jawapan yang hebat oleh iman yang masih utuh di dada ini...
Kamu takkan diuji sedemekian hebat sekiranya kamu tidak mampu...maknanya..Aku adalah insan yang dipilih oleh Allah S.W.T untuk menerima ujian ini kerana aku mampu menghadapinya...
Ingat setiap ujianNYA itu adalah tanda kasih sayang yang tak terhingga kepada hambaNYA..
Seandainya tiada ujian daripadaNYA... mana mungkin aku menjadi sekuat dan setabah ini..
Frasa yang menjadi penguat diri ini ialah " Allah S.W.T takkan berikan apa yang kita mahu tetapi DIA bagi apa yang kita perlukan " kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
Syukur Alhamdulillah... kerana ALLAH S.W.T mengurniakan keluarga dan rakan2 yang terbaik untuk aku... bila diri ini terasa lemah dan tak berdaya.. masih ada lagi insan2 yang sudi menasihati dan membantu aku untuk bangun dan terus berjuang...
Insyaallah.. aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi perhatian olehMU di  kalangan berbillion hambaMU...
Aku mohon padaMU kuatkanlah imanku, sabar dan tabahkan aku di atas setiap ujianMU itu... dan berikanlah petunjuk dan hidayahMU kepada aku sehingga akhir hayatku ini..

P/S : Jangan pernah salahkan takdir atas apa yang berlaku... kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.  Kekadang ujianNYA itu adalah untuk menguji sejauh mana iman kita kepadaNYA dan kekadang Allah S.W.T ingin hapuskan kifarah dosa kita yang lalu..
Dan ingatlah ujian yang kita tempuh hari ini... tidaklah sehebat dugaan yang ditempuh oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat, tetapi MASYAALLAH iman mereka masih utuh di hati walaupun mereka dihina dan diseksa begitu hebat sekali.
Teruskanlah bersangka baik dengan Allah S.W.T... Insyaallah kita akan menerima  ujianNYA dengan penuh redha dan ikhlas...


Monday, October 10, 2011

~ KERJA OH KERJA ~

Assalamu'alaikum w.b.t....

Ermmm.. lama juga menyepi dari dunia blog nie...huhu
Busy dengan kerja n part time job..hihihi

Lama juga aku bertahan kerja  kat tempat kerja nie... ( duduk kat office mcm tunggul jer, ada partner tp bknnya ada kat office, ada boss tp mai office ikut suka hati dia jerr.. hahaha)
Bukannya tak bersyukur dengan kerja yang ada nie... Tp mengikut tahap ekonomi skrg, gaji yg ada ni x setimpal dengan kerja yang dilakukan...dengan duit minyak lagi, keje dari isnin sampai sabtu tp gaji x seperti yg diharapkan..huhuhu..

So, setelah dipertimbangkan  dari pelbagai aspek.. the answer is find the new jobs. hehehe

Usaha telah dilakukan, semoga Allah permudahkan urusan hambaNYA ini untuk bertemu dengan kerja baru.

Biarlah kerja baru nanti, tidak membuatkan aku leka sebagai hambaNYA sekaligus menjadikan aku manusia yang lebey baik dari hari ini.. INSYAALLAH..





Tuesday, September 6, 2011

~~~ DUNIAKU ~~~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur di atas limpah kurniaNYA... aku masih lagi bernafas dan dapat meneruskan hidup ini seperti biasa...

Dah hampir dua bulan aku berkerja... Dan dunia aku sekarang hanyalah di tempat kerja yang tiada orang pun dan dunia alam maya aku... Kawan2 dah jauh di tempat masing2. Hanya fb dan ym menjadi penghubung antara kami...

Aku masih lagi aku... hidup dalam penuh kesunyian.. Kekadang jer rasa hidup ini dihargai bila mereka perlukan khidmat aku sebagai adik, mak su dan orang suruhan...

Namun aku bersyukur kerana aku masih ada lagi seorang mak yang mengambil berat tentang aku... Namun keadaan mak yang sering sakit membuatkan aku takut dengan kehidupan aku pada masa akan datang...Namun aku selalu berdoa agar Allah S.W.T panjangkan umur dan beri nikmat kesihatan untuk mak..


Tanggal 15 Syawal ini, genap dua tahun arwah ayah meninggalkan aku dan mak.... Kalau ada arwah ayah dan tentu nasib aku dan mak tak seperti sekarang. Tapi aku redha dengan Qada dan QadarNYA, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...

Dan sekarang aku tengah berusaha sebaik mungkin untuk mencari rezeki yang lebih agar mak dan aku tidak lagi membebankan manusia yang bergelar ABANG...Aku tak kisah untuk bersengkang mata siang dan malam demi memastikan rezeki yang aku perolehi halal dan dapat menampung hidup aku dan mak..

Pada Mu Ya Rabb aku memohon, Kau limpah rezekiMu pada hambaMu ini dan rahmatilah kehidupan aku dan mak di dunia dan di akhirat...

Aku juga memohon agar ENGKAU beri aku kekuatan untuk menempuh setiap dugaan Mu ini dengan penuh kesabaran.. Amin